Jumaat, 2 Ogos 2013

@NajibRazak SYED ALI JANGAN CAMPUR URUSAN WANITA


Sangkakala baca dalam blog angin perubahan yang mengatakan bahawa  Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengatakan bahawa wanita jangan membuat persepsi negatif kononnya akan ada perpecahan jika Shahrizat dicabar.

Baca lagi DISINI

Kenapa Syed Ali beriya sangat nak campur urusan wanita ni? Ada hati nak bertanding sebagai ketua wanita ke?

Sampai kata wanita bukan hak mutlak Shahrizat tu buat apa? Biarkan wanita membuat keputusan mereka sendiri, sebab bagi Sangkakala jangan mereka dibuat seperti kanak kanak yang tak tau buat apa apa, sebab mereka juga ada hak untuk membuat keputusan.

Sangkakala cuma nak ingatkan satu pada Datuk Seri Syed Ali, tak payah nak campur urusan wanita tapi sekarang ni mula fikirkan macam mana cara untuk menangkan parlimen Cheras dan kalau perlu berundur elok berundur sahaja.

Komen sana komen sini tapi parlimen sendiri kalah merudum tak guna juga, jadi fikir fikirkan cara bagaimana untuk berikan satu lagi kerusi pada Barisan Nasional dalam PRU 14 nanti.