Isnin, 26 Ogos 2013

@NajibRazak @TengkuAdnanReal 10 YANG DITOLAK !!! KETUA BAHAGIAN BATU JANGAN LUPA

Sangkakala tertarik dengan penulisan rakan blogging yang mendedahkan 10 nama yang dikatakan gagal dalam memimpin UMNO Bahagian masing masing dan senarai itu boleh dirujuk DISINI.

Rasanya apa yang ditulis oleh rakan blogging Sangkakala ni amat tepat dan kena pada masanya iaitu apabila UMNO kini diambang masa pemilihan dan ahli diberi hak untuk membuat pilihan mereka sendiri berkenaan siapa yang akan menerajui cawangan ataupun bahagian masing masing.

Tapi mungkin rakan Sangkakala ini terlepas pandang atau tidak mengetahui bahawa ada satu lagi bahagian yang pada Sangkakala wajib ditukar kepimpinannya kerana gagal untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

Mungkin sudah ada yang mengagak bahagian mana yang Sangkakala akan sebutkan dan ianya tidak lain dan tidak bukan adalah bahagian Batu Wilayah Persekutuan.

Apa yang Sangkakala tahu, pada pemilihan yang lepas, Ketua Bahagian ini telah mengatakan bahawa sekiranya beliau terpilih maka modus operandinya yang pertama adalah untuk memberikan tentangan sengit sekaligus akan meranapkan kemaraan pembangkang di kawasan parlimen Batu.

Tapi pada pilihanraya yang diadakan baru baru ini kejadian sebaliknya telah berlaku, bukan sahaja tidak dapat meranapkan kemaraan pembangkang di kawasan, malah undi untuk pembangkang di kawasan Batu telah meningkat lebih daripada separuh, dan siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan dengan hal ini?





Cuba kita lihat perbandingan diantara pilihanraya umum ke 12 dan pilihanraya umum ke 13 keputusan yang diterima memang memperlihatkan kenaikan undi untuk Barisan Nasional sebanyak lebih kurang 8000 undi tetapi kenaikan undi untuk pakatan pembangkang pula mendadak kepada hampir 12000 undi dan kemenangan majoriti pula naik hampir separuh dari keputusan yang lepas.

Dimanakah kesilapan semua kejadian ini? Sedangkan dari apa yang kita ketahui, ahli parlimen Batu sendiri iaitu Tian Chua mempunyai begitu banyak isu negatif dan kita semua tahu tentang perkara tersebut.

Dari pada apa yang Sangkakala dengar daripada akar umbi sendiri, kebanyakan mereka tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Bahagian dan diantara yang tidak berasa selesa ialah parti komponen.

Ada parti komponen di Bahagian Batu yang kononnya tidak menerima apa apa peruntukan dari Bahagian yang membuatkan kerja kerja pilihanraya mereka terbantut dan sedikit terhalang dan Sangkakala kini sedang cuba untuk mengesan permasaalahan tersebut yang hingga membuatkan ada dikalangan ahli parti komponen yang bertugas diluar kawasan parlimen Batu.

Jika benar perkara ini berlaku, Sangkakala rasa pemimpin di peringkat Bahagian terutamanya Ketua Bahagian perlu merasa lebih bertanggungjawab dengan kejadian tersebut.

Kita semua satu ketika dahulu semasa pilihanraya umum ke 12 telah meletakkan tanggungjawab diatas kekalahan Perdana Menteri pada ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pada Sangkakala keadaan tersebut sama berlaku di Bahagian Batu.

Sangkakala belum membuat lagi risikan tentang bahagian bahagian lain dan insyaallah Sangkakala akan keluarkan juga tentang mereka sedikit hari lagi tetapi buat masa ini Sangkakala lebih senang untuk mengeluarkan permasaalahan di kawasan Batu.

Jadi, seperti artikel sebelum ini, Sangkakala meminta supaya Ketua Bahagian yang ada sekarang menerima kritikan demi kritikan dan bukti bukti yang Sangkakala akan keluarkan dari semasa ke semasa.

Bukan kerana apa, tetapi ianya adalah untuk kesinambungan serta transformasi UMNO itu sendiri dimasa masa akan datang.






Dicatat oleh Sangkakalajari9....