Sabtu, 10 Ogos 2013

KARPAL BAGI KEPALA ANWAR PUSING SETENGAH GILER

Bila Karpal Singh minta Anwar Ibrahim dengan Hadi Awang isytiharkan harta masing masing, semua dah gelabah.

Mungkin Haji Hadi tak sekelam kabut Anwar sebab kurang kontroversi tentang harta.

Tapi bagi Anwar pula sudah tentunya pening sebab ada perkhabaran dan pernah diceritakan bahawa beliau mempunyai beberapa akaun di luar negara yang menempatkan duit beliau.

Mesti Anwar bengang giler dengan Karpal sebab memandai mandai nak isytiharkan harta segala bagai.

Anwar mana ada sumber jadi kalau nak isytiharkan harta tu mungkin ada sikit masalah.

Haha..nampaknya DAP dah mula nak mainkan Anwar atau lebih tepat nak hancurkan karier politik Anwar sebab kalau tak silap dulu semasa Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri sebelum di pecat, Karpal ada kata nak dedahkan nilai aset atau harta Anwar.

Mungkin Karpal ada bukti sahih tentang semua aset Anwar ni maklumlah dulu kan mereka ni bermusuh dalam parlimen hinggalah Anwar keluar daripada penjara dan menjadi ketua pembangkang.

Jadi kini Anwar mesti dalam dilema macam mana nak buat untuk menutup sebahagian daripada harta harta beliau di dalam dan luar negara.

Anwar perlu bersiap sedia dengan segala tindakan sekiranya beliau mengisytiharkan harta tanpa menyorokkan sebahagian daripadanya.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: