Selasa, 13 Ogos 2013

BODOH PUNYA GUAN ENG !!! TAKKAN TAK TAU KIRA !!!


Rasanya ini lah Ketua Menteri paling bodoh dalam abad ni, bila Menteri Dalam Negeri kata dari 2600 orang penjenayah yang dibebaskan setelah akta ordinan darurat dimansuhkan akan menjadikan jumlah penjenayah meningkat ke angka 260'000 orang dia suruh minta gunakan khidmat pengaman PBB untuk selesaikan masalah jenayah.

Lepas tu boleh pulak cina rasis ni kata takkan mungkin jadi macam tu sebab jumlah yang dibebaskan cuma 2600.

Apa dia tak fikir ke atau tak tau nak buat kira kira kalau setiap penjenayah tersebut mempunyai 100 orang pengikut maka jumlah 260'000 orang tersebut akan tercapai?

Bukan semua ketua dan anak anak buah mereka di tahan dibawah ordinan darurat yang ditangkap  cuma ketua mereka dan bila mereka ini dibebaskan maka anak anak buah mereka sudah ada tempat bergantung semula dan mereka mampu untuk membuat perancangan jenayah yang lain.

Kita dapat lihat apabila ordinan darurat dimansuhkan banyak kegiatan jenayah terutama bunuh berlaku kerana apa? Kerana dendam diantara mereka dan mereka ini sebenarnya melibatkan kumpulan kumpulan tertentu.

Dendam diantara kumpulan ini yang membuatkan berlakunya kes tembak mati dan yang terbaru sekali kes letupan bom kenderaan di Tumpat.

Ianya adalah tidak mustahil juga berpunca dari kumpulan kumpulan gangster.

Kita semua tahu bahawa pembangkang memang sengaja untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan gagal untuk menjaga keselamatan negara sedangkan mereka yang memperjuangkan agar penjenayah penjenayah ini dibebaskan.

Mungkin ada dikalangan penjenayah penjenayah ini terdiri daripada orang orang mereka (pembangkang) sendiri dan atas sebab itu mereka berjuang habis habisan membebaskan penjenayah penjenqyah tersebut.

Dan kerajaan pula sepatutnya tidak hanya mendengar dan menurut apa yang dihajati oleh pembangkang demi kesejahteraan dan keharmonian serta keselamatan rakyat.

Rakyat kita kini dalam dilema ketakutan apabila banyak kes yang dulunya jarang sekali kita dengan kini berlaku.

Apakah kita masih lagi mahu lihat dan berdiam diri dengan apa yang berlaku kini sedangkan anggota keselamatan tidak lagi mampu menahan mereka untuk siasatan.