Selasa, 6 Ogos 2013

#PAU13 ANTARA CALON EXCO YANG BAKAL KALAH ??? ADA SALAH SILAP KE ???


Nampaknya sebelum pemilihan ni sudah ada ura ura bahawa ada calon exco pemuda yang akan bertanding pada pemilihan pemuda UMNO Malaysia nanti yang akan kecundang.

Antara mereka yang bakal menghadapi serangan dari alam maya juga sudah mula kelihatan.

Amaran telah pun dikeluarkan, kononnya calon calon ini dulunya bermasalah dengan para penggiat media dan kini mereka akan bertanding sebagai exco pemuda.

Baca DISINI

Jadi disini kepada mereka mereka yang dulunya cuba berlagak hero dengan mengata yang bukan bukan kepada penggiat media mahupun ketua mereka bersiap sedialah, anda semua bakal diaibkan sedahsyat dahsyatnya kerana perbuatan kamu dulu.

Sangkakala cuma akan mengikut peredaran masa dan apa yang Sangkakala cuma tahu bahawa ada seorang bakal calon yang Sangkakala rasa memang tidak layak dan apa yang pasti apabila tiba masanya nanti Sangkakala akan keluarkan apa saja masalah calon ni.

Yang lain lain Sangkakala tak tau tapi macam yang Sangkakala katakan tadi, kepada mereka yang rasa pernah bermasalah tu bersiap sedia dengan peperangan alam maya yang Sangkakala lihat amat hebat kali ni.