Khamis, 8 Ogos 2013

@NajibRazak MELAYU DICABAR LAGI ??? ADAKAH MASIH MAU DIAM ???


Mungkin bagi pemilik akaun facebook yang bernama Alan Tang ini tidak mengetahui apa yang terjadi pada tahun 1969 iaitu pristiwa 13 mei yang menjadi peristiwa berdarah pertempuran antara kaun cina dan Melayu.

Tapi mungkin juga ada diantara orang orang tua dari kaum cina yang masih mengingati perkara tersebut dan bagi mereka ianya satu perkara yang dahsyat.

Mungkin Alan Tang sengaja mengeluarkan status dan gambar sebegitu kerana beliau ingin merasai pengalaman tersebut yang berlaku mungkin sebelum dia lahir lagi.

Tindakan sebegini sebenarnya membangkitkan kemarahan orang orang Melayu dan dari apa yang Sangkakala lihat, keberanian mereka mereka ini dikatakan berpunca daripada tindakan kita yang agak kurang agresif.

Bukan maksud Sangkakala tindakan fizikal seperti pergaduhan atau sebagainya, tetapi ianya menjurus ke arah tindakan undang undang yang dilihat tidak digunakan sepenuhnya ke arah itu.

Apa yang menjadi kerisauan ialah, orang Melayu Sangkakala ibaratkan seperti sebiji bola yang ditekan kedalam air dan semakin dalam ianya ditekan maka semakin membuak buak kehendak untuk melantun keluar.

Jika bola tersebut terlepas dari tangan, sudah pastilah ianya akan melambung naik ke permukaan dan orang yang menekan bola tersebut akan menerima nasib yang menyakitkan.

Mungkin ada yang faham dengan apa yang Sangkakala maksudkan diatas dan bagi yang kurang faham, hayati betul betul maksudnya dan nilaikan sendiri.

Melayu sebenarnya amat pantang jika tercabar bangsanya dan jangan pula kerana perpecahan parti maka ada yang cuba mengambil kesempatan kerana pada akhirnya nanti hanya kalimah "ALLAHUAKBAR" yang menjadi pengenalan antara sesama melayu dan Islam.