Isnin, 5 Ogos 2013

CALON YANG BERTANDING DINASIHAT LUANGKAN MASA UNTUK PERWAKILAN


Dalam duduk duduk berehat tengah hari ni tetiba datang pula satu idea tentang artikel ni yang mana ianya adalah nasihat kepada semua calon calon dalam pemilihan yang akan datang. 

Bukan apa, kadang kadang kita terlalu sibuk dengan tugasan harian hingga terlupa bahawa untuk berbincang dengan orang yang mengundi atau jentera pemilihan adalah amat penting.

Tidak dinafikan ada ramai dikalangan calon amat sukar untuk meluangkan masa bertemu atau berbincang dengan jentera secara langsung atau tidak sedangkan perkara itu amat amat perlu dan penting.

Bagi Sangkakala ianya amat mudah untuk memilih pemimpin, jika pemimpin itu benar benar mahu berkhidmat,  maka beliau akan pandai membahagikan masa kerana jika masa pun beliau gagal untuk uruskan bagaimana mungkin mereka mampu untuk mengurus sebuah organisasi tambahan pula yang melibatkan parti politik.

Jadi calon calon perlu sedar, disamping menjalankan tugas tugas seharian ada tugas lain yang perlu dijalankan dan dilakukan dan apa yang paling penting ialah jangan sekali kali lupa bahawa jentera itu adalah penting dan perlu diadakan pertemuan demi pertemuan supaya dapat menambahkan keakraban dan setiap perbincangan sudah pasti akan membuahkan hasil.