Selasa, 13 Ogos 2013

@zahidhamidi @PDRMsia PEGUAM HINA SULTAN !!! APA TINDAKAN LANJUT ???


Kepada pihak yang berkenaan silalah jalankan kewajipan..buat ke apa yang patut pada peguam sorang ni..Sangkakala tadi buka ke blog dan baca penulisan peguam yang Sangkakala anggap biadap terhadap sultan dengan mengatakan sultan perasan bahawa negeri ini kepala bapak dia punya.

Kenyataan ini adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab tambahan pula beliau adalah seorang peguam dan daripada tulisan tulisan beliau dalam laman blog ternyata peguam ini kurang ajar dengan mengatakan pihak polis adalah anjing kepada kerajaan dan sultan.

Patut ke perkara ini berlaku? Apa tindakan kita? Adakah ianya mahu dibiarkan begitu sahaja? 

Lepas ni kita tengok mesti akan ada yang kata itu kebebasan bersuara, Sangkakala pun tak kisah sangat kalau dia nak kritik pemimpin tapi kalau melibatkan Sultan rasanya itu dah lebih.

Opsss..kang ada lak ketua polis kata jangan memandai mandai..jadi jalankan siasatan ok?