Isnin, 12 Ogos 2013

@NajibRazak MALAYSIA BAKAL BERMAIN DENGAN PELURU DAN BOM !!! SSALAHSIAPA SEMUA NI ???


Sangkakala agak setuju dengan apa yang dikatakan oleh rakan blogger Sangkakala iaitu AKU PEDULI APA..

Baca DISINI..

Rakyat Malaysia kini kelihatan agak ketakutan dengan apa yang berlaku dimana kegiatan keganasan makin menjadi jadi.

Rakyat Malaysia mahukan keamanan dan bukannya kekerasan dan keganasan sebegini.

Kita telah lama bebas dari kumpulan komunis yang telah pun meletakkan senjata dan rakyat berasa amat selesa dengan keadaan itu.

Tapi kini ada satu senario lain pula yang berlaku dimana ianya amat merisaukan, dalam masa seminggu sahaja sudah beberapa kes tembak mati berlaku dan semalam ini kes bom pula.

Adakah satu masa nanti kita akan melihat mayat bergelimpangan di jalan raya akibat dari bom kereta dan sebagainya.

Adakah rakyat Malaysia kini merasa selamat dengan apa yang berlaku?

Kerajaan tidak sepatutnya terlalu mengikut kehendak pembangkang untuk memansuhkan segala akta yang mampu untuk mengekang keganasan ini.

Rakyat tidak seharusnya dijadikan bahan experiment atau ujikaji jika semua akta tersebut dimansuhkan.

Pembangkang hanya akan mengelirukan rakyat jika keadaan ini berlanjutan dan mereka akan menyalahkan kerajaan kerana gagal untuk mengekang kegiatan jenayah ganas seperti itu.

Dan ini seterusnya akan merosakkan nama negara dimata dunia dimana pelabur asing akan melihat bahawa negara ini tidak lagi selamat seperti dulu dimana negara Malaysia dipuji kerana selamat dari serangan keganasan.

Namun kini ianya amat berbeza, landskap keselamatan negara sudah tercemar setelah tahanan ordinan darurat dan ISA dibebaskan.

Banyak perkara yang tidak diingini berlaku dan ianya perlu dihalang dengan seberapa segera.

Harap kerajaan mengambil langkah seberapa perlu bagi menghalang semua ini dari terus berlaku.