Selasa, 27 Ogos 2013

@NajibRazak BLOGGER ADAKAN PERJUMPAAN ??? SETIAUSAHA AKHBAR PM DIMALUKAN !!!

Sangkakala telah dihubungi oleh seorang rakan yang memberitahu bahawa satu perjumpaan blogger akan diadakan di Janda baik tak lama lagi.

Bagi Sangkakala ianya adalah bagus untuk mengumpulkan blogger blogger atau penggiat media dalam satu tempat supaya boleh bertukar tukar pendapat.

Cuma apa yang Sangkakala harapkan ialah program tersebut tidak menjadi sepertimana program program yang telah sudah dimana keputusan yang kita lihat amat mendukacitakan seperti yang Sangkakala pernah tulis beberapa hari yang lepas.

Tapi apa yang dikatakan oleh rakan Sangkakala kepada Sangkakala juga ada kebenarannya apabila beliau mengatakan bahawa blogger yang menganjurkan program perjumpaan tersebut telah memboikot program sama yang diajukan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar.

Menurut rakan Sangkakala, semasa program Setiausaha Akhbar itu dahulu, blogger blogger ini boikot untuk menunjukkan bahawa Datuk Akmar tidak mendapat sokongan daripada blogger blogger tanah air dan apa yang penting adalah untuk memalukan Datuk Akmar.

Itu yang pertama, dan yang kedua pula, himpunan yang bakal diadakan tak lama lagi ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan dari blogger dan penggiat media khususnya supaya semua pemimpin akan mengatakan yang penggiat media ini dibawah taklukan mereka semua.

Sangkakala fikir ada juga kebenarannya dari segi tersebut, tapi terpulanglah kepada para pemimpin untuk menilai dari mana mana sudut yang difikirkan baik.