Mungkin kali ni pembaca akan merasa sedikit pelik kenapa Sangkakala akan menghentam secara berterusan Perdana Menteri Malaysia yang Sangkakala anggap paling sengal dalam 6 orang Perdana Menteri yang pernah menjawat jawatan tersebut.
Walaupun orang kata Tun Abdullah dulu juga sengal, tapi tidaklah sesengal Najib Razak.
Sangkakala rasa sudah sampai masanya untuk membetulkan apa yang tak betul dan untuk membetulkan perkara tersebut Sangkakala akan buka segala permasaalahan yang timbul akibat dari tindakan Najib yang selalu mendengar kata punaisihat dan punahsihat beliau.
Buat masa ni Sangkakala nak bagi tau satu perkara dulu tentang penganugerahan pingat kepada mereka yang bertugas kononnya di Lahad Datu.
Sangkakala tak nafikan bahawa insiden di Lahad Datu adalah satu insiden menyayat hati yang melihatkan beberapa orang anggota keselamatan negara terkorban.
Tapi tidak semestinya mereka yang bertugas di luar bidang keselamatan juga adalah pejuang kedaulatan.
Mungkin kalau wartawan Sangkakala tak berapa kisah sangat, tapi kalau sampai blogger juga mendapat pingat serupa apakah jasa beliau sama macam pejuang yang telah gugur?
Kalau wartawan tu Sangkakala rasa mungkin juga layak untuk diiktiraf, sebab mereka sudah pasti berada di lapangan tapu jangan lah orang yang duduk berehat bercuti dan santai di Kota Kinabalu pun dapat sama.
Apa apa pun, Sangkakala akan dedahkan satu persatu cerita terutamanya penasihat yang Sangkakala sebutkan sebagai Datuk A dulu.