Rabu, 28 Ogos 2013

@NajibRazak @TengkuAdnanReal KB ANJUR PERTANDINGAN GOLF DENGAN MT ?? TAK LANGGAR ETIKA KE ???

Wahh..hebat Ketua Bahagian Batu ni dalam permainan golf, siap nak bawa calon calon MT untuk main golf kali ni dengarnya di Nilai Spring and Golf Club.

Tapi kenapa ajak MT? Bukan ke salah dari segi etika pemilihan kalau buat macam tu? Rasanya pihak UMNO Malaysia kena pantau ni, jangan pulak nanti ada double standard dalam mengambil tindakan.

Sebab setahu Sangkakala, setiap calon tidak dibenarkan untuk menjalankan apa apa program atau aktiviti selama 6 bulan sebelum dan 6 bulan selepas pemilihan.

Tapi kalau dah buat pertandingan golf buat masa sekarang ni, apa pula halnya?

Sangkakala dengar program ni semata mata untuk mencari dana bagi pemilihan ni? Betul ke begitu? Kalau betul maknanya apa yang dirancang oleh UMNO ni tak menjadi lagi nampaknya.

Sangkakala dengar hampir 30 flight akan diadakan dan setiap flight dikenakan sebanyak RM 2 ribu ringgit.

Woww!!! Kalau macam tu sekali sudah pasti akan menjana pendapatan yang agak lumayan kepada Ketua Bahagian yang memang boleh digelar sebagai golfer ni.

Bukan apa, apa yang Sangkakala lihat, selama ni pun Datuk Yahya asyik main golf sampai lupa nak jaga bahagian dan bila masa pemilihan macam ni mula la menjanjikan bulan dan bintang segala bagai kepada perwakilan.

Dan satu lagi yang menariknya tentang Ketua Bahagian ni ialah, beliau mampu untuk menangis dihadapan semua orang dan memohon simpati semata mata untuk mendapat kemenangan atau apa juga yang beliau hadapi.

Bila bab janji ni nanti Sangkakala akan dedahkan apa janji janji yang ditaburkan oleh beliau kepada perwakilan dan adakah janji tersebut mampu untuk dilaksanakan kemudian nanti.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: