Isnin, 19 Ogos 2013

@Khairykj SOKONG NEPOTISME KE ??? JAHANAM LAGI LE MALAYSIA NI !!!

Sangkakala terbaca dalam twitter YB saudara Khairy Jamaluddin yang merupajan Menteri Belia dan Sukan dan Ketua Pergetakan Pemuda UMNO Malaysia yang semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan ketua pergerakan pemuda tersebut pada pemilihan akan datang.

Dalam akaun twitter milik beliau, ada Sangkakala terbaca dua perenggan dimana ianya berbunyi begini..


Hehehe..hebat juga kata kata Ketua Pemuda ni, adakah kenyataan ini boleh Sangkakala anggap sebagai menyokong apa yang dilajukan oleh Nazri Aziz dalam kementerian beliau iaitu meletakkan kaum keluarga sebagai pegawai walaupun dikatakan tidak menerima gaji daripada kerajaan?

Sangkakala rasa sepatutnya YB Khairy jangan la kekuarkan kenyataan yang sebegitu kerana setiap apa yang dilakukan ileh menteri termasuk YB sendiri diperhatikan oleh pembangkang dan ianya boleh dijadikan isu, tambahan pula ianya melibatkan kementerian. 

Dengan menyatakan bahawa orang yang mengkritik perlu mengukur baju dibadan sendiri juga rasanya adalah tidak tepat, kerana sepatutnya Menteri yang kena berfikiran begitu kerana mereka telah dipilih oleh rakyat dan jangan sesekali pilihan tersebut dikhianati dengan melakukan perkara yang boleu menjejaskan imej parti di mata masyarakat.

Lagi satu, dengan mengatakan Nazri berlawan secara single-handedly dalam parlimen tidak sepatutnya dijadikan ukuran dengan apa yany dilakukan dalam kementerian.

Memang sudah menjadi tugas seorang ahli parlimen untuk berdebat serta berhujah dalam sidang dan hebat atau tidak itu bukan menjadi persoalan.

Jika kehebatan seseorang Menteri berhujah didalam parlimen dalam menjawab isu yang dikeluarkan oleh pembangkang dijadikan ukuran, maka semua ahli parlimen layak untuk duduk sebagai Menteri dan mereka juga berhak untuk mmelantiksesiapa juga dalam kemeterian dan akan berlakulah nepotisme dalam pentadbiran kerajaan. 

Ini perkara yang harus ditolak oleh orang orang UMNO khususnya kerana pemimpin sebegini tidak layak untuk diangkat kerana satu masa nanti kita akan melihat bahawa rakyat akan menolak mereka dalam pertandingan di dalam pilihanraya, adakah itu yang kita semua mahu lihat dan adakah kejadian seperti itu yang perlu kita hadapi?

Tepuk dada tanya selera, yang baik kita julang, yang buruk kita tentang, iituadalah falsafah sepanjang Sangkakala menulis dilaman blog.