Sangkakala yang sebenarnya dah malas nak menulis apatah lagi tentang senario politik hari ini apabila 3 kuku jari Sangkakala telah patah akibat menaip keyboard komputer dan sakitnya hanya tuhan yang tahu.
Tapi sakit patahnya kuku jari Sangkakala sebanyak 3 batang daripada 9 batang yang ada ni tidaklah sesakit hati Sangkakala apabila melihat pemimpin UMNO pada hari ini sudah tiada lagi roh untuk memperjuangkan orang Melayu walaupun parti UMNO itu ditubuhkan untuk membela nasib orang orang Melayu sebenarnya.
Tidak seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang dikecam dengan hebay oleh pembangkang tetapi masih meneruskan agenda mendaulatkan orang orang Melayu khususnya dalam bidang ekonomi.
Sangkakala berpendapat bahawa hari ini UMNO perlu ada pembaharuan dan pembaharuan ini perlu dilakukan oleh ahli UMNO itu sendiri jika mereka mahu melihat kelangsungan UMNO sebagai peneraju kerajaan dalam negara ini.
Sangkakala amat bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri hari ini yang mana dalam UMNO online Datuk Seri Najib Tun Razak ada mengatakan bahawa UMNO perlukan pembaharuan dimana pemimpin berpengalaman dan muka baharu dalam kepimpinan.
Dalam erti kata lain, Sangkakala melihat jika pembaharuan ini ingin direalisasikan oleh Perdana Menteri, maka perkara ini harus bermula daripada diri beliau sendiri dan bukannya dengan meminta ahi parti untuk membuat keputusan kerana ahli parti kini telah diracuni dengan pemikiran jika tidak Najib siapa lagi? Muhyiddin ? Lagi hancur, ini adalah persepsi ahli UMNO pada hari ini.
Maksud Sangkakala disini ialah, rakyat Malaysia termasuk ahli UMNO kini berasa kecewa dengan kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat kurang kemelayuan dan dilihat tidak membela nasib kaum bumiputera termasuk dalam pembahagian projek dan sebagainya.
Ini telah memberikan perspektif dan tanggapan buruk melanda kepimpinan Perdana Menteri.
Begitu juga dengan kepimpinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang pernah diperkatakan gagal dalam mentransformasikan kementerian pendidikan hingga membuatkan majoriti guru guru dalam Malaysia menyokong pembangkang disamping beberapa projek yang dikatakan menjadi kontroversi.
Ini juga termasuk projek yang diberikan kepada YTL yang mana syarikat ini yang dimiliki oleh orang cina telah diberikan projek untuk membekalkan perkhidmatan jalur lebar ke sekolah sekolah.
Ini adalah kegagalan yang dilihat dan menjadi kritikan masyarakat khususnya para pengundi, itu juga tidak termasuk lagi tentang projek membekalkan mesin pengimbas cap jari semasa program pemutihan pendatang asing tanpa izin yang dikatakan melibatkan menantu Timbalan Perdana Menteri sendiri.
Jadi ini semua sebenarnya mendatangkan masalah dan kedua dua penimpin ibi perlu sedar jika mereka sayangkan parti maka sesuatu harus mereka lakukan dan apa yang dilihat paling berkesan pada masa sekarang ialah dengan melepaskan jawatan masing masing dan memberikan peluang untuk menjawat jawatan tersebut kepada pemimpin yang disenangi oleh rakyat serta popular dikalangan ahli parti.
Persoalannya disini mesti ada yang mengajukan SIAPA yang layak dan siapa yang disenangi serta popular di kalangan pemimpin pemimpin UMNO?
Sangkakala rasakan disini YB DS Zahid Hamidi dilihat amat disenangi oleh rakyat dan popular dikalangan ahli UMNO dengan keberanian dan ketegasan yang telah ditunjukkan oleh beliau semenjak memegang jawatan Menteri Pertahanan lagi.
Keberanian beliau telah terbukti apabila melancarkan serangan keatas pengganas Kiram yang menyerang Lahad Datu di Sabah.
Begitu juga dengan kes yang melibatkan seorang pengusaha pusat peranginan yang membenarkan penganut agama lain menggunakan surau sebagai tempat ibadat mereka yang mana Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh DS Zahid Hamidi kini telah mengambil satu tindakan yang amat berani dengan menarik semula taraf penduduk tetap yang mana majoriti rakyat Malaysia kini amat berpuas hati.
Jadi ini harus dilakukan oleh Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri dan ahli ahli parti jika mereka benar benar sayangkan UMNO.
Jawatan nombor dua parti pula boleh diisi oleh YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang selama ini dikatakan tidak berani untuk mengeluarkan apa apa kenyataan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan sebagainya.
Kenapa Datuk Seri Hishamuddin? Selaku orang nombor dua sudah pastilah beliau kena akur dengan keputusan Presiden dan apa juga arahan Presiden akan dituruti oleh beliau dan ini Sangkakala lihat akan lebih berkesan.
Bagi jawatan jawatan Naib Presiden pula, kita berikan peluang kepada Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad yang mana mereka ini walaupun sudah berumur tapi masih lagi layak untuk memegang jawatan tersebut atas pengalaman dan sokongan akar umbi.
Ada satu lagi kerusi Naib Presiden dan ianya biarlah ditentukan oleh para perwakilan yang layak mengundi sama ada mereka memilih Datuk Seri Shafiee Afdhal ataupun Datuk Seri Musa Aman kerana kedua dua mereka ini adalah daripada kepimpinan Sabah dan kita juga perlukan wakil dari negeri dibawah bayu tersebut.
Ahli Majlis Tertinggi kita biarkan melalui proses pertandingan seperti biasa dan sesiapa yang berkehendakkan jawatan tersebut perlulah bertanding di peringkat pusat.
Ini semua adalah untuk kesinambungan parti kerana jika selepas Tun Dr Mahathir nelepaskan jawatan, Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan mandat untuk menerajui kepimpinan UMNO dan apa bila beliau gagal untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional hingga membuatkan beberapa buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang maka Tun Abdullah juga melepaskan jawatan sebagai Presiden dengan digantikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan kegagalan dilihat sekali lagi apabila Barisan Nasional masih gagal untuk mendapat 2/3 undi majoriti dalam parlimen.
Jika ada yang mengatakan bahawa Perdana Menteri berjaya mengembalikan semula negeri Kedah kepada Barisan Nasional, bagi Sangkakala ianya tidak begitu, ianya adalah disebabkan oleh gelombang sokongan terhadap kepimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang dilihat akan membawa kepada kaedah kepimpinan bapa beliau yang juga pernah menjadi pemimpin paling lama menjadi Perdana Menteri.
Dengan pemberian pelbagai insentif kepada rakyat, Perdana Menteri masih lagi gagal untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional dan ini Sangkakala lihat sebagai satu kegagalan dan semua yang berkaitan dengan Gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri tidak memberikan kesan kepada rakyat untuk kembali kepada kerajaan Barisan Nasional.
Seperti Tun Abdullah dulu, Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin juga harus mengikuti jejak yang sama iaitu akur dengan kelemahan dan berikan kepada kepimpinan baru yang sedang disukai serta disenangi oleh rakyat.
Sangkakala akan membuat artikel sambungan kisah ini memandangkan masih ada masa untuk Perdana Menteri memikirkan perkara ini demi kelangsungan parti UMNO dimasa akan datang.