Ahad, 11 Ogos 2013

ADUN DAH MULA SOMBONG ??? AHLI UMNO MULA MERUNGUT !!!

Sangkakala tadi terjumpa dengan sorang kawan lama yang mengatakan bahawa beliau agak terkilan dengan ADUN tempat beliau (tempat Sangkakala juga) yang kononnya kini dah mula menujukkan kesombongan beliau kepada masyarakat.

Tak taulah ianya betul atau tidak, tapi bukan sorang yang berkata begitu tapi dah ramai yang mula merungut.

Merka mengatakan bahawa mereka mengundi Barisan Nasional kerana memikirkan parti dan masa depan mereka tapi ada sedikit kekesalan disitu.

Sangkakala rasa perkara ini tidak patut berlaku dimana kemenangan Barisan Nasional di kawasan Sangkakala ni adalah atas usaha semua pihak yang mahukan kemenangan parti dan nama beliau dijadikan sebagai calon adalah secara kebetulan.

Kenapa Sangkakala kata kebetulan? 

Sangkakala beranggapab, jika hanya parti yang bertanding, tidak mustahil nama ADUN ini akan diketepikan oleh kepimpinan UMNO akan tetapi sudah menjadi syarat bahawa sesebuah parti tersebut perly meletakkan nama calon, maka nama beliau diletakkan.

Jika benar seperti yang didakwa, Sangkakala juga merasa kesal dengan sikap ADUN ini yang dahulunya Sangkakala tahu amat ramah dan bukan seperti yang dikatakan.

Tapi semua itu tidak mustahil apabila sudah memegang jawatan tinggi iaitu WAKIL rakyat.

Bukan sahaja ADUN ini yang perlu sedar tapi semua ADUN perlu ingat bahawa mereka adalah WAKIL kepada rakyat dan dengan perkataan itu jelas dilihat bahawa kuasa sebenar terletak pada rakyat.

Ini juga adalah salah satu sebab mengapa dan kenapa UMNO dimarahi oleh orang orang Melayu kerana calon yang diletakkan seolah olah lupa diri yang mereka itu hanyalah pekerja kepada rakyat tapimasih ada yang tak sedar diri tentang perkara ini.

Berbalik kepada rungutan tadi, Sangkakala dengar sebahagian besar daripada ahli UMNO dikawasan tersebut merasakan bahawa ADUN ini sudah mula pilih kasih dimana ada kawasan kawasan tertentu diberikan perhatian lebih dan sebahagian lagi dibiarkan begitu sahaja.

Harapan Sangkakala agar ADUN ini sesar bahawa kemenangan beliau adalah berpunca dari rakyat yang mahukan sikap beliau sebelum ini kekal dan jangan diubah.

Jika sikap itu diubah takut nanti keyakinan pengundi pula akan berubah dan seterusnya akan mengubah semula kkedudukandan kemenangan Barisan nasional dimasa akan datang.