Sabtu, 10 Ogos 2013

BETUL KE PAK LAH MANGSA MANIPULASI KEADAAN PEMBANGKANG ???

Salam Sahabat2, Musuh Kita Bukan Sesama Kita Tetapi Agenda Tersirat Pihak Yang Tak Bertanggungjawab.

Kepada teman2 yang mendapat mesej berantai berhubung Pak Lah menjemput Izzah melancarkan bukunya, disini ada sedikit penjelasan. Harap disebarkan :

1) Buku tersebut bukan buku yang Pak Lah tulis

2) Ia ditulis oleh ahli akademik dan Pak Lah hanya ditemubual dan menjawab soalan ahli akademik tersebut.

3) Memang Pak Lah subject penulis, tetapi ianya bukan buku terbitan Pak Lah

4) Justeru yang menjemput Nurul Izzah bukanlah Pak Lah tapi penerbit

Jangan Kita Terperangkap Mainan Politik Musuh Parti. Ingat Pak Lah Adalah Pemimpin Kita....

Mohon dipanjangkan. Terima kasih.

Itu adalah mesej yang Sangkakala terima melalui sistem pesanan blackberry petang tadi.

Jika benarlah apa yang dikatakan, Sangkakala rasa Pak Lah telah menjadi mangsa keadaan dimana beliau sendiri tidak tahu apa yang berlaku dan pembangkang menggembar gemburkan bahawa buku tersebut adalah buku yang ditulis oleh Pak Lah sendiri.

Perkara ini perlu diambil iktibar oleh orang orang UMNO dan sepatutnya mereka ini diperangi oleh mereka yang menjadi ahli UMNO terutamanya mereka yang terlibat dalam alam maya.

Walaupun ramai yang beranggapan bahawa Pak Lah adalah pemimpin yang gagal dalam pemerintahannya tapi atas dasar beliau pernah menjadi pemimpin negara, perkara ini haruslah diperbetulkan.

Pak Lah hanyalah menjadi subjek dalam buku tersebut dan ianya di buat melalui kenyataan dalam temuramah, dan pembangkang telah membuat buku itu seolah olah ditulis oleh Pak Lah.

Jadi apa kata kalau kita sama sama perangi penulis buku tersebut dengan apa cara sekali pun.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: