Jumaat, 23 Ogos 2013

@RosnahARS KETUA PUTERI BAHAGIAN NAFIKAN HAK AHLI UNTUK BERTANDING !!!

Ni Sangkakala nak cakap sikit la, ada pulak ketua puteri UMNO Bahagian yang seolah olah menidakkan hak ahli puteri UMNO untuk bertanding sebagai Ketua Puteri Bahagian.

Ketua puteri Bahagian ni kata ahli tersebut tak layak bertanding sebagai ketua Puteri bahagian tanpa sebab sebab yang diberitahu.

Kenapa ada lagi kes yang macam ni? Sampai kata kalau nak bertanding kena jumpa dia dulu.

Aduhh..pening pulak bila ada ketua puteri bahagian yang buat perlembagaan sendiri.

Bahagian mana dan perenggan mana dalam perlembagaan yang mengatakan kalau nak bertanding ketua puteri bahagian kena jumpa dengan ketua puteri sedia ada?

Siap suruh orang balik dan solat supaya mendapat hidayah sama ada bertanding atau tidak, dah nak ketawa pulak Sangkakala dengar benda ni.

Sangkakala nasihatkan kepada ketua puteri tersebut supaya bergerak secara sihat, sebab nanti kalau Sangkakala londehkan apa kegiatan beliau di bahagian mungkin akan menamatkan riwayat politik dia dia bahagian tersebut.

Sangkakala bukan mengugut, tapi bagi Sangkakala, orang yang cuba untuk menggunakan kuku besi begini untuk menang, rasanya tidak layak untuk menjadi pemimpin di semua peringkat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: