Sabtu, 17 Ogos 2013

@NajibRazak KETANDUSAN PEMIKIR DAN PENASIHAT ??? MANA SEMUA DAH HILANG ???

Bila Najib Razak mengeluarkan kenyataan berbaur sokongan terhadap Nazri Aziz ramai yang memberikan pandangan berbeza didalam laman laman media sosial seperti facebook dan sebagainya.

Tapi dari pada apa yang Sangkakala dapat lihat dan daripada apa yang Sangkakala baca melalui komen mereka ini, rata rata mengatakan bahawa mereka amat tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Nazri Aziz.

Bukan itu sahaja, apabila kenyataan seolah olah menyokong tindakan Nazri yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri juga telah mencalarkan kredibiliti Perdana Menteri sendiri sebagai ketua pentadbiran negara.

Persoalannya disini, tidakkah ada seorang pun yang memberikan nasihat kepada Perdana Menteri sama ada perlu campur tangan atau membiarkan perkara tersebut tetapi dalam diam selesaikan isu tersebut dengan Nazri?

Setelah beberapa hari isu tersebut dikeluarkan barulah Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan dan kenyataan tersebut dilihat amat mengecewakan rakyat Malaysia, kerana apa?

Kerana isu tersebut telah dikeluarkan oleh akar umbi dan ianya dipersetujui oleh rakyat, dan kalau diikutkan daripada slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sendiri, ianya berbunyi, 'Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan'.

Tapi dalam konteks kali ini, apabila rakyat mengeluarkan rasa ketidak puasan hati, adakah suara rakyat didahulukan atau Sangkakala akan ubah slogan 1Malaysia yang bunyinya begini 'Menteri DiDahulukan, Anak Menteri DiUtamakan'.

Kadang kadang ada juga perasaan kesian pada Perdana Menteri yang Sangkakala lihat sudah tidak mempunyai penasihat yang betul betul menasihati beliau dalam menjawab isu atau mencampuri isu semasa.

Setahu Sangkakala, dan daripada apa yang Sangkakala dengar, terlalu ramai yang menjadi penasihat Perdana Menteri dan akhirnya mereka mereka ini menjadi PunahSihat. 'Perdana Menteri Punah mereka yang Sihat'.

Sangkakala nasihatkan kepada Perdana Menteri, perhatikan sama penasihat penasihat tu, kalau dah nasihat mereka kurang bernas, letakkan mereka di tempat yang lain, jangan nanti nasihat yang menghancurkan diberi oleh mereka hingga merosakkan semua yang ada.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: