Sabtu, 17 Ogos 2013

KETUA CAWANGAN DS HUSNI DIMANDI PERWAKILAN ??? APA SUDAH JADI ???

Petang tadi diadakan pemilihan di cawangan Kampung Dato Ahmad Said Tambahan yang juga merupakan cawangan Menteri Kewangan Kedua merangkap Bendahari UMNO Malaysia.

Ketua cawangan sebelum ini, Suhaimi Din telah ditolak oleh perwakilan dalam cawangan dan diambil alih oleh seorang penjual burger.

Inilah transformasi yang sepatutnya dilakukan, tidak mengira latar belakang, jika mereka mampu untuk mentadbir cawangan, maka mereka diberikan peluang dan perwakilan hari ini dilihat sudah bijak dalam membuat pilihan.

Apa yang penting sebenarnya disini ialah, apabila penolakan ketua cawangan ini berlaku, secara tidak langsung ianya juga menunjukkan bahawa satu penolakan kepada Datuk Seri Husni Hanazlah kerana sebelum ini ketua cawangan tersebut adalah pegawai khas kepada Menteri Kewangan tersebut.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada perwakilan yang dilihat kini amat matang walaupun cuma diperingkat cawangan.

Selepas ini Sangkakala rasa pihak pembangkang tidak lagi mampu untuk mengatakan bahawa dalam pemilihan UMNO ada unsur unsur kronisme kerana ianya telah dibuktikan oleh perwakilan peringkat cawangan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: