Sabtu, 24 Ogos 2013

@Khairykj LAYAK ATAU TIDAK PERWAKILAN YANG TENTUKAN !!! YANG RISAU SANGAT TU KENAPA ???


Sangkakala dah nampak sekarang ni dah ada gerakan yang mula risau dengan kehadiran Ketua Pemuda UMNO Perak yang menawarkan diri untuk beryanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tak berapa lama lagi ni.

Ada laman laman blog yang Sangkakala tengok dah mula menyerang peribadi dengan mengaitkan harta kekayaan dan sebagainya.

Kemudian ada pulak yang kata beliau tidak layak untuk memegang jawatan tersebut, betul ke begitu? Atau diminta untuk menulis sebegitu? Dan dalam blog tu jga ada tertulis mengatakan bahawa akan ada pendedahan lagi tentang Azwan, Sangkakala rasa kalau kita tak kenal baik le jangan nak buat fitnah yang bukan bukan sebab nanti diri sendiri yang dapat malu.

Sangkakala berani cakap sebab Sangkakala kenal dan Azwan ni satu negeri dengan Sangkakala jadi kenal sangat dengan cara pergaulan beliau.

Tapi itulah lumrah pertandingan cuma ada yang bersih dan ada yang kurang bersih dan si Ketua Pemuda UMNO negeri Perak ni pulaj lebih suka kepada peryandingan yang bersih, tidak mahu menyerang mana mana calon lain walaupun beliau mempunyai kemampuan untuk mengupah mana mana blogger.

Cuma apa yang Sangkakala tau baru baru ni Azwan atau lebih disenangi dengan panggilan Azwan bro telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya ada kesilapan dalam bentuk penulisan.

Sangkakala nak tengok juga siapa nanti yang terpaksa bayar dengan nilai yang tidak berbaloi dari apa yang diperolehi sekarang. 

Sangkakala ada buat beberapa risikan dan dalam itu Sangkakala telah mendapat beberapa bukti pengenalan tentang siapa yang mengupah blogger blogger ini untuk mengeluarkan beberapa kenyataan memburuk burukkan Azwan.

Tapi kita tunggu je lah, kalau afa kesilapan nanti baru le kita ke tengah kan bukti bukti tersebut.