Jumaat, 23 Ogos 2013

@NajibRazak WAJAH CERIA PERWIRA YANG LAYAK DAPAT PINGAT

Inilah wajah wajah perwira yang telah berjuang untuk memperjuangkan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang orang bukan islam dalam semua bahan cetakan mereka yang berbahasa Melayu.


Sembilan orang peguam ini semalam telah berhujah dalam usaha pihak bukan islam yang membuat rayuan agar penggunaan kalimah Allah juga diberikan kepada mereka.

Ini adalah pejuang Islam yang Sangkakala rasa patut diberikan pingat, tidak kitlra apa juga bentuk kerana perjuangan mereka telah menidakkan penggunaan kalimah tersebut oleh bukan Islam.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada kesemua peguam ini kerana hujah hujah mereka yang amat membanggakan sehingga pihak mahkamah telah mengenepikan usul yang dilakukan oleh pihak lawan.

Dalam pada itu juga, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Razali Ibrahim juga telah hadir sama untuk mendengar prosiding mahkamah tentang isu tersebut.


Dato' Razali yang ditemuramah oleh wartawan mengatakan bahawa kehadiran beliau semalam hanyalah sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai orang Islam dan beliau merasa terpanggil untuk turut sama hadir.

Beliau juga mengatakan bahawa agama Islam telah disebut sebagai agama persekutuan diawal perlembagaan negera iaitu di perkara 3 dan sepatutnya isu kalimah Allah ini tidak perlu diperdebatkan hingga dibawa ke dalam mahkamah.

Bagi Sangkakala pula, orang bukan Islam sepatutnya menghormati orang Islam dalam isu penggunaan kalimah allah ini memandangkan kita semua hidup dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.

Walau apa pun, Sangkakala ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua barisan peguam yang mewakili kerajaan dalam isu kalimah Allah ini di mahkamah.