Khamis, 8 Ogos 2013

@NajibRazak ORDINAN DARURAT !!! KEGEMBIRAAN PEMBANGKANG KINI MAKIN TERSERLAH


Pelbagai reaksi telah diberikan oleh rakyat apabila ordinan darurat dimansihkan dan seterusnya membuatkan akta langkah langkah pencegahan khas turut tidak digunapakai.

Jika dulu pihak berkuasa boleh menahan seorang suspek untuk satu tempoh masa sementara siasatan dijalankan kini tidak lagi boleh digunapakai. 

Ini semua berpunca daripada pembangkang yang akan menjahanamkan negara ini dengan meminta perkara perkara pelik dilakukan dan salah satunya ialah meminta supaya ordinan darurat dimansuhkan.

Keperluan ordinan darurat dilihat memang teramat diperlukan untuk mengekang kegiatan jenayah khususnya seperti kes yang berlaku kini iaitu kes kes pembunuhan yang melibatkan senjata api.

Kita kini dapat melihat dalam minggu ini sahaja sudah kerap kali pembunuhan serupa ini berlaku dan ianya sudah pasti dapat dihalang jika ordinan darurat masih digunakan oleh pihak polis negara ini. 

Namun kini ianya hanya dapat dilihat dan untuk menahan seseorang suspek yany disyaki memiliki senjata api atau senjata merbahaya. 

Mungkin kita akan melihat kejadian yang lebih hebat sikit masa nanti jika perkara ini tidak diambil kira dan mungkin kita akan menjadi seperti negara jiran dimana kes pembunuhan dengan senjata api akan meningkat atau mungkin juga nanti akan ada kes pengeboman pula.

Perlukah kita hanya melihat perkara ini berlaku di depan mata kita?

Apakah keselamatan kita kini terjamin oleh kerana mengikut kehendak pembangkang?

Harap kerajaan jangan terlalu mengikut kehendak mereka hingga menakutkan rakyat negara ini yang mahukan keselamatan mereka terjamin.