Sangkakala ucapkan tahniah kepada Ketua Polis Pulau Pinang yang turun sendiri dalam usaha membanteras jenayah di negeri tersebut.
Ini Sangkakala lihat amat baik dan menunjukkan bahawa ketua polis tersebut benar benar mahu membanteras jenayah di negeri tersebut.
Tapi ada satu perkara yang Sangkakala rasa akan berlaku sikit hari lagi dimana pembangkang akan memainkan isu tembak mati penjenayah yang dilakukan oleh pihak polis beberapa hari lepas.
Tapi sekarang ni dah nampak macam ada gerakan dari kumpulan samseng ni yang nak tunjuk lagak mereka bahawa mereka kuat sebab mereka ni gangster dan ada pengikut di kuar sana.
Ini seolah olah mengugut pasukan polis bahawa mereka tidak boleh diusik atau diganggu oleh pasukan polis.
Tapi Sangkakala percaya, pasukan polis tidak gentar dengan apa yang dilakukan oleh kumpulan kumpulan ini dan mereka ini akan terus diperangi oleh pasukan polis demi menjaga keselamatan rakyat.