Isnin, 19 Ogos 2013

PANAS !!! KETUA WANITA UMNO CAWANGAN UPAH ORANG PUKUL CUCU

Ini kisah yang berlaku di Negeri Melaka apabila Sangkakala tadi dihubungi oleh seorang rakan yang mengatakan bahawa ada seorang ketua wanita cawangan Selandar dalam bahagian Alor Gajah dan dimaklumkan juga bahawa Ketua Wanita Cawangan ini bekerja sebagai penyelia KEMAS mengupah beberapa orang lelaki untuk memukul cucu saudara beliau.





Agak pelik juga bila nak mengajar cucu sampai kena upah orang sedangkan cucu tu pun perempuan, kalau lelaki mungkin juga la susah sebab akan melawan ni perempuan apa la yang dia boleh buat? Tapi mengikut apa yang Sangkakala terima dari rakan Sangkakala tersebut, ianya juga ada melibatkan sedikit salah faham berkenaan dengan politik.

Laporan polis yang dilakukan oleh mangsa mengatakan bahawa beliau serta adik beliau telah pergi ke Masjid untuk bersumpah muhabalah atau sumpah laknat dimana adik mangsa yang turut dipukul telah difitnah oleh suspek yang mengatakan bahawa si adik telah minum arak di tempat kerja lama beliau.

Dan untuk menghalang perkara tersebut, maka ketua wanita cawangan yang dimaksudkan telah mengupah beberapa orang lelaki untuk menghalang perkara itu dan mereka (lelaki yang diupah) telah bertindak memukul mangsa serta adiknya hingga mendatangkan kecederaan.


Satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis daerah Alor Gajah dan dipercayai kii semua suspek sedang diburj termasuk nenek saudara mangsa yang mengupah lelaki lelaki tersebut.




Dan wanita ini jika didapati bersalah seharusnya tidak lagi diberi peluang untuk berada dalam kepimpinan UMNO cawangan mahupun bahagian ataupin pisat kerana bagi Sangkakala, apa yang dilakukan oleh beliau amat memalukan parti dan jika pemimpin seperti ini diangkat menjadi pemimpin maka sudah tentu UMNO dicawangan tersebut akan di cop sebagai cawangan yang ganas.

Dan satu lagi, orang sebegini perlu diambil tindakan tatatertib atau tindakan disiplin bagi memastikan ianya sebagai pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara sama dimasa akan datang.