Bahang pemilihan UMNO makin terasa dan ianya semakin hampir, banyak kawasan telah melihatkan akan ada persaingan sengit diantara ketua sedia ada dan juga pencabar yang menjelang tiba.
Bahagian Batu tidak terlepas dari semua ini dan perkhabaran yang didengari ialah, ada yang akan mencabar Ketua UMNO Bahagian Batu yang kini disandang oleh Datuk Yahya Mat Ghani.
Bagi Sangkakala ini adalah amat sihat dan Datuk Yahya atau lebih dikenali dengan nama jolokan Tok Abas perlu ditandingi oleh seseorang demi untuk meneruskan perjalanan UMNO bahagian Batu.
Sangkakala sebenarnya bukan apa, ada sedikit rasa terkilan apabila ada dikalangan ahli yang tidak tahu bahawa cawangan yang diketuai oleh Tok Abas sendiri tidak mengetahui bahawa mesyuarat cawangan tersebut telahpun berlangsung.
Kenapa boleh jadi macam tu? Ada muslihat disebalik semua ini? Atau Tok Abas sememangnya gagal untuk mentadbir cawangan Taman Koperasi Polis 2?
Jika sebuah cawangan pun Tok Abas gagal untuk uruskan mana mungkin lagi beliau mampu untuk menguruskan sebuah bahagian dan ianya terbukti dalam pilihanraya baru baru ini.
Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dari PKR mendapat undi melebihi jangkauan sebelum ini dan ini membuktikan bahawa Tok Abas gagal untuk memberikan saingan kepada pembangkang.
Memang betul, kerusi di parlimen Batu bukan milik UMNO tetapi ianya dimiliki oleh komponen cuma sebagai pengerusi Barisan Nasional parlimen Batu beliau juga bertanggungjawab dengan keadaan itu.
Sangkakala akan menulis dari semasa ke semasa tentang kepincangan UMNO di Bahagian Batu supaya rakyat serta pemimpin UMNO peringkat atasan tahu apa yang berlaku dan perkara tersebut perlu diambil perhatian serta tindakan sewajarnya agar UMNO bahagian Batu akan lebih kukuh dimasa akan datang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan