Selasa, 20 Ogos 2013

#UbahUMNO @Khairykj JANGAN DOUBLE STANDARD DENGAN KES TAJUDDIN RAHMAN


Semalam Sangkakala keluarkan screenshot tentang kenyataan ketua pemuda UMNO Malaysia yang menyatakan bahawa orang yang mengkritik Nazri Aziz perlulah mengukur baju dibadan sendiri terlebih dahulu.

Kenyataan beliau itu dikeluarkan apabila ramai para blogger dan penghiat media mengkritik kepimpinan Datuk Seri Nazri yang melantik anak beliau sebagai pegawai khas di kementerian pelancongan yang mana beliau sebagai menteri.

Kenyataan Khairy dilihat aeolah olah menyokong tindakan nepotisme yang dilakukan oleh Nazri iaitu dengan melantik anak beliau sendiri.

Kelmarin pula, Sangkakala ada keluarkan tentang Datuk Tajuddin Rahman yang merupakan ketua bahagian Pasir Salak yang juga mengamalkan nepotisme dengan mengambil anak beliau sendiri sebagai Setiausaha bahagian dan melantik seorang4ang lagi anak beliau sebagai ahli jawatankuasa bahagian.

Kini ada pula ura ura yang mengatakan bahawa Tajuddin sedang melobi jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak.

Agaknya tak lama lagi kita akan dengar nama nama bahagian yang akam ditukar kepada nama nama orang seperti contoh, bahagian Pasir Salak akan ditukar kepada bahagian Tajuddin Rahman.

Dan ada seorang rakan blogger Sangkakala semalam mengeluarkan artikel tentang Tajuddin yang dikatakan telah menampar seorang ahli perwakilan pemuda bahagian.

Baca DISINI untuk selanjutnya.

Apa pula kata Khairy Jamaluddin tentang perkara ini? Takkan kes Nazri Aziz, Khairy keluarkan kenyataan menyokong beliau tapi bila kes Tajuddin Rahman diam membisu.


Inilah yang dikatakan sebagai pemimpin Double standard yang hanya membela sahabat sahabat yang mungkin ada kepentingan kepada beliau tetapi apabila kes yang melibatkan orang yang tidak ada kepentingan politik atau apa apa kepentingan lain, maka mereka ini diletakkan ketepi.