Rabu, 7 Ogos 2013

@NajibRazak JAWAPAN KEPADA MACAI PAKATAN PEMBANGKANG !!!


Gambar diatas Sangkakala dapat dari dalam facebook dan dari apa yang Sangkakala lihat, pakatan pembangkang gagal untuk mendidik pencacai mereka dalam mengeluarkan hujah serta fakta, ini juga menunjukkan betapa singkatnya pemikiran mereka dalam perjuangan politik.

Sangkakala rasa terpanggil pulak untuk menjawab tentang apa yang diperkatakan oleh macai macai mereka ni terutamanya apabila Sangkakala lihat poster tersebut dalam laman facebook pembangkang.

Macai pembangkang mengatakan ada 10 perkara kenapa Melayu kena tolak UMNO dan perkara pertama berbunyi UMNO telah memberi IC kepada pendatang asing untuk memperolehi kemenangan dalam pilihanraya, tapi dalam laporan polis yang dibuat oleh 'BIGBOSS' mereka takde pulak disebut pasal perkara tersebut, cuma yang ada hanyalah pasal dakwat kekal, kenapa macam tu agaknya ye? 

Adakah disebabkan dakwaan tersebut hanyalah palsu semata mata oleh pemimpin mereka untuk mengaburi mata pengikut mereka yang sudah pastinya akan hanya mengikut kata seperti kerbau dicucuk hingga tidak dapat membezakan yang mana betul atau salah.

Begitu juga dengan merendahkan tulisan jawi dan menjadikan tulisan rumi sebagai piawaian untuk bahasa Melayu, Sangkakala tak rasa begitu sebab negara kita berbilang bangsa dan untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka satu bentuk penulisan dikeluarkan, bayangkan kalau Sangkakala kena menulis laman blog ni menggunakan tulisan jawi, agak agaknya ada tak software untuk itu dan adakah orang yang bukan berbangsa melayu akan faham?

Satu lagi perlu dilihat dari segi penerimaan, adakah orang bukan melayu akan menerima tulisan jawi untuk digunapakai? Atau mungkin juga mereka akan berpura pura untuk menerima tulisan tersebut sementara mereka tidak mendapat kuasa dan jika mereka mendapat kuasa maka tulisan bahasa mereka pula akan digantikan dengan tulisan Jawi?

Dalam perkara ketiga pula, mereka mengatakan bahawa UMNO telah melucutkan kekbalan Raja Raja, dimana perlucutan tersebut? Sangkakala lihat sekarang lenih banyak orang pakatan pembangkang yang tidak menghormati institusi Raja seperti contoh bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin yang memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak semasa beliau hilang kepercayaan oleh beberapa orang ADUN negeri tersebut dan siapa pula yang telah baring diatas jalanraya kerana membantah majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak dibawah perkenan Sultan Perak sendiri? Orang UMNO ke?

UMNO juga dikatakan telah mengapuskan sebahagian dari tanah rezab orang Melayu dan menjadikan tanah tanah tersebut kepada tanah komersial, disini nampaknya macai embangkang tidak tahu selok belok kanun tanah negara yang mana tanah rezab melayu tidak boleh dimiliki oleh orang bukan melayu dan memandangkan kawasan tersebut perlu dimajukan dengan beberapa projek kemajuan untuk rakyat, maka tanah tersebut perlu ditukar status kepada tanah komersial bagi membolehkan syarikat luar atau asing melabur seterusnya memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Jika perkara ini tidak dilakukan, siapa yang berani untuk melabur dengan cara membuka kilang yang nilainya berjuta malah ada yang sampai mencecah billion ringgit kalau mereka tidak memperolehi kawasan tersebut, kalau Sangkakala sendiri pun tak berani nak melabur bodoh macam tu sebab kalau tanah tidak diberikan atau dijual kepada Sangkakala, buatnya nanti kerajaan ambil balik tanah kemana pula Sangkakala nak pergi untuk menggantikan tempat tersebut.

Ada juga termasuk dalam perkara tersebut bahawa pemimpin UMNO beserta anak beranak mereka kaya raya, ini seolah olah pemimpin pembangkang papa kedana takde harta walau sedikit pun.

Cuba tengok pemimpin pembangkang pakai kereta jenis apa? Kediaman mereka macam mana? Baru la boleh nak dibezakan bezakan, ini dah nak tunjuk macam pemimpin mereka terlampau susah dan pemimpin UMNO sahaja yang kaya, tapi yelah,oleh sebab selalunya dalam ceramah mereka meminta derma segala bagai, maka macai mereka mengatakan bahawa mereka susah, sedangkan duit yang dikutip tersebut adalah untuk kegunaan pemimpin mereka sendiri mereka tak tahu.

Satu lagi, hanya seorang Melayu tersenarai sebagai Melayu terkaya, jadi yang pertama Sangkakala nak bagi tahu ialah, apabila mereka mengatakan bahawa pemimpin UMNO kaya raya itu adalah tidak betul sebab nama mereka tidak pula termasuk dalam senarai melayu terkaya.

Yang kedua pula, tidak ada istilah dapat projek kerajaan atau tidak, sebab banyak lagi yang dapat tak kira pembangkang atau orang kerajaan dan yang membuatkan satu sahaja nama tersenarai ialah apabila beliau pandai menguruskan harta kekayaan dan apa yang penting, kekayaan tersebut telah membolehkan beliau untuk membuka peluang pekerjaan kepada anak melayu yang lain.

Tuduhan yang Sangkakala fikirkan berat apabila macai pembangkang mengatakan bahawa UMNO telah membunuh rakyat di Memali sedangkan mereka adalah pemberontak yang cuba untuk merusuh setelah mendengar amanat dari Haji Hadi yang mengatakan bahawa mereka akan syahid sekiranya menentang kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Tapi sehingga kini, setelah puluhan tahun, haji Hadi yang kini menjawat jawatan Presiden PAS tidak mengeluarkan kenyataan bahawa beliau silap mengeluarkan amanat tersebut yang mana rata rata rakyat telah mengetahui bahawa ianya adalah tidak benar.

Ada juga tentang Utusan Malaysia yang kononnya selalu kalah dalam kes mahkamah terutamanya tentang saman dari pihak pembangkang, apa kena mengena perkara ni dan apa yang penting Sangkakala lihat disini ialah, kerajaan tidak menggunakan kuasa untuk memberikan kemenangan kepada Utusan Malaysia dan disitu dapat kita lihat bahawa UMNO tidak akan menyalah gunakan kuasa untuk mencapai kemenangan.

Tentang negeri paling miskin pula, Sangkakala baca mereka kata Johor negeri paling miskin, ni fakta mana pula yang mereka ni dapat? Atau sengaja taknak bongkar pasal Kelantan yang penuh dengan masalah pendapatan rakyat dimana tiada pelabur yang berani untuk melabur secara berlebihan hingga membuatkan anak anak Kelantan terpaksa bekerja di Kuala Lumpur dan termasuk juga Johor tetapi anak Johor pula amat kurang berada di Kelantan, disitu juga kita telah dapat lihat bahawa negeri mana yang miskin sebenarnya.

Yang paling akhir sekali buat Sangkakala tak boleh tahan bila macai pembangkang mengatakan bahawa UMNO tidak ada di negara maju seoerti China, England, Amerika dan lain lain, apa punya bodoh statement ni, pembangkang mana yang ada di negara negara tersebut? Cuba bagi tau DAP ada dimana? PKR ada dimana? Dan PAS ada dimana? Takde juga rasanya di negara negara tersebut kan? Jadi rakyat perlu menolak mereka ini terlebih dahulu sebab mereka tidak ada di Negara negara yang mereka sebutkan.

Puak pakatan bodoh piang, nak keluarkan hujah tanpa fakta, main hentam sesuka hati je, kan dah malu? Lain kali belajar lagi tentang kesalahan dan kesilapan sebab rasanya cybertrooper Barisan Nasional lebih banyak bahan nak dibuka.