Ahad, 11 Ogos 2013

LELAKI MAUT AKIBAT LETUPAN KERETA DI TUMPAT

Dalam akhbar Utusan Online hari ini melaporkan bahawa ada satu kejadian letupan dalam sebuah kereta yang menyebabkan seorang lelaki maut.

Kereta Naza Citra yang dinaiki oleh seorang lelaki dikatakan membawa sebuah bungkusan dan bungkusan tersebut telah meledak dalam kereta berkenaan.

Pelik juga Sangkakala, jika ianya nak dikatakan mercun, mustahil sangat letupan yang sebegitu kuat terjadi hingga mengakibatkan kematian.

Adakah bungkusan tersebut mengandungi bahan letupan seperti bom atau sebagainya dan jika ianya mercun, adalah amat mustahil jika ianya meletup dama kereta sedangkan jam baru pukul 10 pagi.

Kejadian dikatakan berlaku di taman seri periuk, kampung periuk, Tumpat Kelantan.

Sekarang ni bukan boleh kira, dengan kematian yang melibatkan tembakan amat kerap berlaku dan tidak mustahil jika ianya juga salah satu jenayah.

Walau apa apa pun, Sangkakala harap agar pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan segera kerana ianya boleh dianggap menggugat keselamatan negara dan rakyat kini semakin gusar dengan kejadian kejadian yang dulunya amat jarang berlaku tapi kini amat kerap terjadi seperti kejadian tembakan yang meragut beberapa nyawa sejak akhir akhir ini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: