Sabtu, 31 Ogos 2013

TABIK SPRING PADA BRADER NI !!! MEMANG BERANI BEB !!!

klik gambar untuk video
Bangga Sangkakala bila nampak dalam tengok video diatas yang kini giat diperkatakan oleh pengamal media sosial dalam facebook.

Memang berani dan sikap beliau ini perlu dipuji kerana keberanian beliau dalam mempertahankan Sang Saka Bangsa.

Cuma apa yang Sangkakala tengok dalam video tersebut, beberapa orang terkedu apabila brader ni merampas bendera yang mereka perjuangkan.

Kemana pengikut Sang Saka Malaya mereka? Semua senyap membisu seribu bahasa dan satu tindakan pun tak berani dibuat apabila brader kita ni merampas sang saka malaya mereka.

Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya? Adakah mereka ini benar benar merdeka?

Apa yang Sangkakala lihat, A Samad Said yang dipuji tentang penulisan nampak gayanya tidak benar benar patriotik apabila beliau sendiri pun turun mempromosikan sang saka malaya mereka.

Begitu kuga Adam Adli yang merupakan seorang pelajar terbabit sama dalam promosi malam tadi. 

Tapi bila dirampas bendera mereka Adam Adli pucat mukanya, A Samad Said mujur tak kena serangan jantung akibat terkejut dengan tindakan tersebut.

Apa apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada brader ni yang memang bersemangat cintakan tanah air.

Ada maklumat yang mengatakan bahawa lelaki tersebut adalah lelaki india cuma ianya tidak dapat dipastikan lagi tetapi sekiranya betul dia seorany lelaki india maka ianya akan menjadi lebih panas lagi.

Sangkakala kata ianya akan menjadi lebih panas sebab Kementerian Dalam Negeri baru baru ini telah mengeluarkan statistik yang menunjukkan bahawa kaum india adalah antara yang paling ramai menganggotai kongsi gelap dan jika lelaki dalam video tersebut benar benar lelaki india maka ianya adalah contoh dimana jika ramai yang berkelakuan buruk namun masih ada yang bersikap mulia.

Tapi tak kiralah, walau siapa pun dia, Sangkakala ucapkan terima kasih serta tahniah diatas keberanian beliau.