Khamis, 15 Ogos 2013

Ketua Penerangan Perkasa Pahang menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota dan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Ketua Penerangan Perkasa Pahang, Muhammad Faiz Hashim yang lantang mempertahankan setiap gerakan anti LYNAS di Pahang dan juga merupakan seorang pemimpin muda yang agresif memperjuang dan mempertahankan agenda agama, bangsa dan tanahair hari ini membuat kenyataan menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota dan juga menawarkan diri untuk bertanding Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau amat aktif dalam melakukan setiap tindakbalas dalam apa jua isu baik dari segi isu tempatan mahupun isu Nasional terutama isu yang melibatkan kepentingan dan hak agama, bangsa, negara dan raja-raja.

Menurut Muhammad Faiz Hashim, NGO seperti Perkasa hanyalah suara pendesak dan tidak mempunyai kuasa untuk mengubah setiap dasar dan keputusan terutama yg melibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara walau sekuat mana sekalipun desakan itu dibuat, jika tiada kuasa tidak akan mampu mengubahnya.

Sebab itu penawaran diri ini dibuat adalah untuk memastikan perjuangan untuk memartabatkan agenda dan nasib agama, bangsa dan tanahair ini akan terus diperjuangkan dengan lebih berkesan lagi terutama dalam memperjuangkan ekonomi bumiputera, pemilikan rumah mampu milik anak2
muda, pendidikan dan Kebajikan.

Kehadiran beliau untuk bertanding pada kali ini bukan lah untuk menjadi pesaing kepada mana-mana pihak, tetapi adalah untuk menyuburkan demokrasi dan menjadi pelengkap serta memperkuatkan lagi jentera Pemuda UMNO bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Bagi beliau, nasib orang melayu terutama anak muda yang menghadapi kesukaran memiliki rumah di bandar dan kesukaran anak muda untuk memiliki premis perniagaan di bandar akibat harga sewa dan harga jualan premis yg tinggi adalah merupakan agenda perjuangan utama beliau selain memperkasakan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di kampung.

Perjuangan yang ikhlas ini memerlukan sokongan semua pihak agar manfaatnya dapat dirasai dengan jayanya dan beliau dengan rasa rendah diri merayu sokongan semua pihak agar agenda memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara ini akan terus dimartabatkan.

Ikuti video promo Faiz dalam pautan ini..
http://m.youtube.com/watch?v=dP5wmsr9mnQ



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: