Ahad, 17 Jun 2018

MAHATHIR MENANG PILIHANRAYA SEBAB SEBAR PENIPUAN @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Dalam Pilihanraya Umum yang lalu, rakyat Malaysia telah menerima pelbagai janji dalam bentuk menifesto daripada pemimpin parti yang  bertanding.

Antara janji yang telah dikemukakan atau di gula gulakan kepada rakyat oleh pakatan harapan ialah, pemansuhan tol bagi lebuhraya utama dalam negara, maka rakyat pun telah membuat satu keputusan untuk memberikan mandat kepada Pakatan Harapan yang diterajui oleh Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Namun selepas pilihanraya umum berlangsung, cerita tentang tol ini lenyap begitu sahaja dan apa yang ada ialah diskaun sebanyak 50% untuk 2 hari sebelum hari raya.

Menteri Pendidikan yang juga merupakan ahli parlimen Simpang Renggam pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat boleh menuntut bayaran tol kepada kerajaan Pakatan.



Tapi sekarang janji nampaknya tinggal janji, tol tidak akan dihapuskan oleh kerajaan Pakatan dengan menggunakan 1001 alasan dan penipuan oleh Perdana Menteri semasa pilihanraya telah membuatkan mereka menang sebagai kerajaan.

Begitu juga penipuan yang dibuat oleh ahli parlimen Simpang Renggam telah menbuatkan beliau menang sebagai ahli parlimen.


Tiada ulasan: