Khamis, 4 April 2019

SUDAH ADA GERAKAN UNTUK MENYELAMATKAN MAHATHIR DARI UNDI TIDAK PERCAYA

Selepas sahaja Sangkakala memuat naik artikel sebelum ini tengah hari tadi, Sangkakala telah dihubungi oleh seseorang yang nampaknya juga mengambil berat tentang situasi politik didalam parlimen sekarang.

Ianya lebih kepada usul undi tidak percaya yang boleh dikemukakan oleh mana mana Ahli Parlimen kepada Tun Mahathir.

Dalam tempoh parlimen yang sedang bersidang sekarang, segala kemungkinan boleh berlaku dan tidak mustahil apa yang disebut sebut tentang undi tidak percaya ini juga akan berlaku.

Ada beberapa orang yang mengatakan bahawa adalah tidak masuk akan jika speaker membenarkan satu usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dibentangkan di Parlimen.

Ulasan ini sebenarnya hanyalah untuk menyedapkan hati sedangkan perkara sebenar ialah, mana mana ahli parlimen berhak membawa usul dan ianya perlu dimaklumkan kepada speaker dan jika speaker menolak, maknanya speaker itu boleh dikategorikan sebagai berat sebelah.

Kita lupakan sejenak kisah tersebut.

Apa yang Sangkakala cuba nak sampaikan disini ialah, jika perkara tersebut benar benar berlaku, maka yang boleh menyelamatkan Mahathir dari jawatannya adalah dari block pembangkang iaitu BN dan PAS.

Jika hanya PAS memberikan sokongan kepada Mahathir, rasanya belum cukup untuk menidakkan undi tidak percaya berkenaan.

Berbalik kepada rakan Sangkakala tadi, beliau mengatakan bahawa daripada segi pemantauan yang beliau lakukan, sudah ada gerakan bagi menyelamatkan Mahathir daripada perlucutan jawatan Perdana Menteri.

Adakah ini bermaksud sudah ada satu gerakan memujuk rayu ahli parlimen BN untuk menyokong Mahathir?

Daripada apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang dalam akhbar Utusan ONLINE pula, Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat bagi menentukan sama ada UMNO akan menyokong Mahathir atau sebaliknya.

Cuma apa yang Sangkakala nak maklumkan disini, seperti yang Sangkakala katakan dalam artikel sebelum ini, adalah lebih baik UMNO menumpukan perhatian dalam membela nasib rakyat yang makin tertekan.

Tak perlu rasanya untuk memikirkan apa yang bakal berlaku kepada Mahathir kerana setiap tindakan yang Mahathir lakukan tidak pernah untuk memikirkan UMNO selama ni.



Tiada ulasan: