Ahad, 9 Jun 2019

PERLANTIKAN LATEEFA BEEBI KOYA BUAT PKR TAK SENANG DUDUK @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Pengisytiharan perlantikan Lateefa Koya sebagai Ketua PesuruhJaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia oleh Mahathir Muhamad mendapat kritikan bukan hanya dari pihak pembangkang, malah pihak kerajaan terutama PKR juga melakukan perkara sama.

Sebagai contoh, Nik Nazmi bersetuju supaya lebih ramai menandatangani bantahan secara online meminta supaya Lateefa melepaskan jawatan atau dipecat ekoran tindakan Mahathir yang bertindak membuat lantikan tanpa melalui PSC.

Pada hemat Sangkakala adalah amat mustahil jika pemimpin PKR menolak perlantikan berkenaan memandangkan Lateefa merupakan seorang pemimpin dalam parti tersebut yang hanya melepaskan keanggotaan dalam parti selepas perlantikan.

Umum mengetahui bahawa Lateefa merupakan orang yang begitu lantang mengkritik Rafizi Ramli semasa pemilihan PKR lepas yang menyaksikan Anwar Ibrahim diangkat sebagai Presiden dan Rafizi yang menentang Azmin dan kemenangan berpihak kepada Azmin sebagai Timbalan Presiden.


Rafizi pada ketika itu berada dalam kem Anwar Ibrahim dan akhirnya kecundang di tangan Azmin Ali yang lebih popular.

Apa yang Sangkakala nampak disini, perlantikan Lateefa telah membuka mata pemimpin PKR bahawa ini adalah rangkaian dimana Mahathir akan cuba menghalang sesiapa juga dalam PKR untuk bersuara jika tidak mahu mengundang masalah melalui Lateefa Koya.

Ramai yang tahu dalam pelbagai kes telah disorok atau ditidakkan oleh SPRM semasa dibawah bekas Ketua PesuruhJaya yang lama.

Kes yang disebut oleh Lateefa bahawa terdapat 10 bukti yang mengaitkan dengan penggunaan politik wang semasa pemilihan PKR jelas akan membuatkan pemimpin PKR mengunci mulut masing masing supaya tidak mendapat musibah.

Kalau nak diikutkan merit, Lateefa selama ini tidak pernah mengemudi mana mana agensi dan pada kebiasaannya seorang PesuruhJaya akan diisi kekosongan oleh penjawat awam yang berpengalaman.

Sangkakala nampak bahawa perlantikan ini juga adalah untuk menghalang kemaraan Anwar untuk menuntut jawatan Perdana Menteri seperti mana yang dijanjikan oleh Mahathir kepada beliau.

Mungkin juga selepas ini kita akan menyaksikan Azmin Ali akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 8.






Tiada ulasan: