Rabu, 27 Mac 2019

KEINDAHAN GOLDEN LAKE VILLAGE MENGGAMIT KETENANGAN JIWA

Ramai warga kota masih tercari cari kawasan untuk melepaskan diri dari hiruk pikuk kota metropolitan atau lebih tepat lagi untuk merasai suasana ala ala kampung yang berhampiran dengan bandar.

Kini anda tidak perlu lagi risau atau khuatir untuk mencari kawasan tersebut kerana di Ijok Kuala Selangor telah pun terdapat kawasan seperti yang dimaksudkan.

Golden Lake Village sudah pasti akan dapat melepaskan kerinduan pengunjung yang rindukan suasana desa dan menikmati kedamaian jiwa.

Terletak di Ijok Kuala Selangor, Golden Lake Village menyediakan tempat riadah untuk keluarga tidak kira sama ada pengunjung mempunyai saiz keluarga besar atau kecil.

Dimiliki oleh YBhg Dato Haji Zein Isma Ismail, Golden Lake Village telah memulakan operasi pada hujung tahun 2018 dan sehingga kini tidak putus putus menerima kunjungan dari para tetamu.


Pelbagai aktiviti menarik dan santai dapat dilakukan disini dan bagi kaki pancing, pengalaman memancing ikan air tawar sudah pasti akan menjadi igauan setiap minggu.

Selain dari aktiviti riadah memancing, pertandingan memancing juga kerap diadakan di tasik Golden Lake Village dan ikan yang terdapat didalam tasik berkenaan pasti akan membuatkan badan anda berpeluh untuk menaikkan sang ikan.







Bukan hanya aktiviti memancing, aktiviti aktiviti lain juga dapat dilakukan di Golden Lake Village seperti aktiviti hari keluarga, team building dan pelbagai lagi.

Untuk majlis meraikan mempelai bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga dan merasai kelainan bagi hari bahagia juga disediakan.

Dengan berlatar belakangkan tasik dan pemandangan yang menghijau, sudah pastilah hari bersejarah dan hari berbahagia kedua dua mempelai akan mempunyai kelainan dari kebiasaan.






Bagi mereka yang agak sibuk untuk bersama keluarga di waktu siang, Golden Lake Village juga membuka perniagaan disebelah malam untuk pengunjung membawa keluarga bersantai menikmati keindahan diwaktu malam yang damai sambil menikmati juadah makan malam yang dijual disana.







Bagi mereka yang ingin menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian, karaoke terbuka juga disediakan dan anda bolehlah menunjukkan bakat dan pertandingan karaoke juga diadakan.






Pendek kata, apa juga aktiviti yang anda inginkan boleh didapati di Golden Lake Village dan apa yang pasti, ianya akan membuatkan anda teruja dan akan kembali lagi kerana merindui suasana alam semula jadi yang sentiasa menanti kehadiran para pengunjung.

Untuk melihat gambar gambar yang lebih menarik, sila klik DISINI. Bagi mereka yang ingin terus menuju ke Golden Lake Village, pengunjung boleh juga menggunakan google maps dengan menaip carian Golden Lake Village.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus berhubung dengan Golden Lake Village ditalian +60192170257.





Tiada ulasan: