Jumaat, 5 Jun 2015

PANAS !! PUNCA SEBENAR KENAPA @NajibRazak TAK DATANG KE DIALOG BERSAMA NGO #Nothing2hide

"Saya begitu teruja untuk datang ke majlis dialog bersama NGO", itu adalah ayay yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada penganjur program 'DIALOG PM BERSAMA NGO' Nothing2hide, SukaGuam petang tadi.


Pun begitu, Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau tetap mahu meneruskan program tersebut dan akan memberikan satu tarikh lain kelak.

Pagi tadi program Perdana Menteri berdialog dengan NGO sepatutnya berlangsung dan ianya juga dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun program tersebut terpaksa dibatalkan oleh Ketua Polis Negara ekoran dari melihat tahap keselamatan Perdana Menteri serta mereka yang hadir di Dewan Tun Husin On PWTC.

Ramai yang mengatakan bahawa itu semua alasan untuk Najib Razak mengelak daripada hadir ke majlis berkenaan kerana risau untuk bertemu dengan Tun Mahathir yang banyak memberikan kritikan keatas kepimpinan Perdana Menteri hari ini.

Dari apa yang Sangkakala dengar pagi tadi, ada ura ura yang mengatakan bahawa ada pihak yang sengaja untuk mencetuskan provokasi hanya semata mata untuk menjatuhkan kredibilit Perdana Menteri di hadapan khalayak ramai.

Namun apabila program dibatalkan dan setelah semua beredar dari dewan, Sangkakala terpandang satu status yang dinaikkan oleh seorang penggiat laman media yang juga dikatakan adalah admin kepada Kelab Che Det yang menjadi penyokong tegar Tun Mahathir.


Dari apa yang disebut dalam akaun facebook diatas, jelas menunjukkan bahawa kumpulan ini berpuas hati dengan apanyang berlaku dalam dewan pagi tadi.

Persoalannya, adakah kegiatan mereka ini sudah dihidu oleh pihak berkuasa dan kerana itu juga maka pihak polis melalui Ketua Polis Negara membatalkan program tersebut.

Mereka ini menggelarkan diri sebagai 'TENTERA TUN M' yang berkekuatan 50 orang dan dengan bangganya pemilik akaun ini mengatakan bahawa dengan 50 orang 'TENTERA' ini, ianya sudah melebihi 500 ribu kekuatan tentera upahan Perdana Menteri.

Adakah mereka ini memang kaki perang atau memang suka melaga lagakan pemimpin?

Untuk makluman, pihak PDRM tidak hanya memikirkan keselamatan Perdana Menteri, tapi mereka juga memikirkan keselamatan orang awam yang turut sama hadir ke program berkenaan.

Apa yang mengecewakan adalah, Tun Mahathir dikatakan telah meminta supaya dia diberikan peluang untuk bercakap selama setengah jam sama sepertimana yang diberikan kepada Perdana Menteri atas kapasiti beliau adalah Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Apa relevannya Tun Mahathir meminta untuk bercakap sedangkan pihak penganjur sudah pun memberikan kebenaran untuk Tun Mahathir bertanya soalan kepada Najib Razak sama seperti mana mereka yang lain?


Ada yang mengatakan bahawa Tun Mahathir diminta oleh Penganjur untuk memberikan ucapan tapi dari apa yang disampaikan oleh penganjur, sebaik sahaja program dibatalkan, program tersebut sudah pun dibawah pengawasan pihak polis dan adakah kemungkinan bahawa ada orang lain yang menjemput Tun Mahathir naik ke pentas untuk berucap?

Walau apa apa pun, Sangkakala nampak hari ni bahawa yang mengatakan bahawa mereka berjuang bersama Tun Mahathir hanyalah dikalangan mereka yang kecewa dan kerana kekecewaan mungkin atas sebab tidak dapat sesuatu daripada Perdana Menteri, maka jadilah mereka ini penghasut tegar kepada Mantan Perdana Menteri tersebut dan yang mengecewakan, sebagai Presiden parti paling lama, Tun Mahathir tidak dapat mengagak dan membaca apa yang dilakukan oleh para pengikutnya atau Tun Mahathir sendiri dikalangan orang kecewa kerana Jambatan BENGKOKnya tidak dibina hingga sekarang.





9 ulasan:

Labu8455 berkata...

Patutlah komen komen dari blogger ni semakin dipenuhi dengan sampah sarap kerana "jari" nya cuma ada sembilan - kurang satu....hmmm....

Tanpa Nama berkata...

biarlah ada "jari sembilan" daripada ada "jari sepuluh " tapi jari sepuluh yang lengkap itulah selalunya memusnahkan bangsa, agama dan negara dgn melaga-lagakan pemimpin .Tak gitu??

Tanpa Nama berkata...

Tengku mahkota johor pun dah menyampah kat seseorang tu...takkan korang tak reti2 lg?

Tanpa Nama berkata...

laa...rba gi laa main jauh-jauhhhh

Akupunumnojugak berkata...

Kalau yang menyokong Tun M itu 'adalah mereka yang tak mendapat sesuatu drp PM', apakah yang menyokongnya pula 'adalah mereka yang mendapat sesuatu drp PM'? Aku ada list blogger yang dibela oleh PMO...kau nak yang di bawah line siapa?

Tanpa Nama berkata...

Takkan lah PDRM takut dgn hanya 50 orang saje ... ish ish ish.

Masih ramai yg tidur. 42 billion ringgit tu akan ditanggung oleh rakyat. Masih tak faham ke??

sarie suin berkata...

Setiap perbuatan ada pembalasannya...hukum karma ini pasti...lmbt dgn cepat jerr...

Tanpa Nama berkata...

Ha...ah

Tanpa Nama berkata...

Anon 946, suka sangat kau ungkit2 fasal utang rm42 b tu. Padahal, utang tu ada aset rm51 b sebagai cagarannya. Malah tindakan rasionalisasi telah pun dan sedang diambil untuk mengatasinya.