Ahad, 28 Jun 2015

#NohOmar ISU AIR DI SELANGOR !! KHALID IBRAHIM BERI KATA DUA KEPADA AZMIN ALI #DSNO #DNO

Nampaknya isu air di negeri Selangor yang dah bertahun tahun tak selesai telah menarik perhatian Bekas Menteri Besar Selangor, YB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Melalui akaun facebook beliau, Khalid telah memberikan kata dua kepada Azmin Ali selaku Menteri Besar yang ada sekarang sama ada selesaikan isu air berkenaan atau lepaskan jawatan.


Memang masalah air kerap kali melanda di sekitar negeri Selangor terutamanya di kawasan Semenyih dan Kuala Langat hinggakan pernah satu ketika bekalan air terputus hingga hampir sebulan.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa negeri negeri lain juga mempunyai masalah kekurangan bekalan air mentah tetapi ianya tidaklah sehebat seperti yang berlaku di negeri Selangor.

Musim panas dan kering akan melanda Malaysia tak lama lagi dan nampaknya usaha usaha untuk menaikkan kadar simpanan air oleh kerajaan Selangor masih kabur lagi.

Adakah apabila sampai masanya nanti, maka rakyat Selangor akan menerima masalah sekali lagi seperti tahun lepas? 

Semua permasaalahan ini berlaku apabila Azmin selaku Menteri Besar tidak mahu menyambung perjanjian pembinaan Langat 2 yang dilihat mampu untuk membendung permasaalahan kekurangan bekalan air di Selangor.

Hanya dengan berbekalkan alasan alasan bodoh, Azmin sebenarnya lebih mengambil peluang berpolitik daripada peluang untuk menyelesaikan masalah.

Jadi disini, rakyat Selangor hanya akan menanti bila sampai masanya untuk mengangkut air selama berminggu minggu.


Tiada ulasan: