Sejak sekian lama Sangkakala dengar memang dikalangan ahli MIC sendiri agak kurang senang dengan Palanivel berbanding dengan timbalan Presiden yang juga memangku jawatan presiden sekarang Datuk S. Subramaniam yang di katakan lebih mesra dan telus.
Tapi hari ini Sangkakala dapat melihat bahawa, memang jelas Palanivel tidak layak untuk menjadi pemimpin nombor 1 parti berteraskan kaum India tersebut.
Kenyataan diatas rasanya tak sepatutnya keluar dari seorang pemimpin jika beliau benar benar berjuang untuk parti dan ahli serta membela masyarakat India khasnya.
Kepada Datuk Seri Palanivel, selamat berangkat ke parti DAP dan kita semua yakin bahawa Datuk Seri S. Subramaniam mampu untuk mentadbir MIC dengan lebih berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan