Rabu, 3 Jun 2015

PANAS !!! KEHIDUPAN MEWAH PEGAWAI KANAN SPRM !! DARI MANA DATANG DUIT BANYAK TU ??

Sangkakala terbaca dalam page facebook Kami Anti Rasuah yang menunjukkan satu laporan polis telah dibuat oleh seorang Pegawai Kanan SPRM yang melaporkan bahawa kediaman beliau telah di pecah masuk oleh pencuri.


Mungkin sudah takdir bahawa kediaman beliau dimasuki pencuri dan beliau mengalami kerugian diatas kehilangan 5 utas jam tangan.

Persoalannya disini, jam tangan yang dimasukkan sebagai barang yang hilang bernilai tinggi dan yang paling murah diantara jam tangan tersebut bernilai RM 5800 dan yang paling mahal pula bernilai RM 188 ribu ringgit.

Darimana pegawai ni dapat duit untuk membeli 5 utas jam tangan tersebut yang bernilai lebih suku juta ringgit? Adakah hasil dari tabungan sejak kecil hingga jam-jam berjenama terkenal seperti Rollex menjadi simpanan beliau.

Perkara ini tak boleh diambil ringan kerana SPRM adalah sebuah Suruhanjaya yang tidak boleh dipertikai kewibawaannya dalam menjalankan penguatkuasaan undang undang.

Bagi Sangkakala pula, jika dalam usia 35 tahun Pegawai ini sudah mampu untuk memiliki jam tangan berjenama dan tinggi harganya sudah pasti ada sesuatu yang dilakukan oleh beliau sehingga mampu untuk memiliki barangan mewah.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bersangka baik lah dulu...biar polis siasat kes pecah rumah tu. mungkin suami atau ibubapa pegawai tu orang kaya.

Tanpa Nama berkata...

Ada kerja kosong tak kat SPRM kerana aku nak beli yg rm200 ringgit pun tak mampu.

Tanpa Nama berkata...

tahniah... buat post ala2 gempak... rupanya fitnah... tahniah laa...

Tanpa Nama berkata...

-FITNAH
-Pegawai kanan tersebut pada hari kejadian baru hari pertama melapor diri kerja di SPRM
-suami pegawai tersebut adalah ahli perniagaan dan CEO syarikat
-bukan menabung dari kecil malah bagi kakitangan kerajaan gaji pertama akan diperolehi selepas 3bulan bekerja
-alhamdulillah pegawai tersebut dapat banyak pahala atas fitnah-fitnah orang2 yang tahu mencari kesalahan orang lain tanpa menyiasat