Sabtu, 6 Jun 2015

SEKOR LAGI ADUN PR SELANGOR TUNJUK KEBODOHAN MELAMPAU

Tadi Sangkakala tulis pasal speaker DUN Selangor, YB Hannah Yeoh yang dah tak boleh kenal negeri Sabah dan Sarawak.

Petang ni pulak, ADUN Rawang Sangkakala nampak bersama seorang lelaki Cina buat laporan di Sinar kononnya kereta beliau rosak akibat mengisi minyak yang bercampur air di sebuah stesen di Rawang.


Lim Khoon Guan 31 tahun, mengatakan kereta proton Exora yang dibeli 3 tahun lalu tiba tiba mati sejurus keluar dari stesen minyak selepas mengisi minyak petrol di stesen berkenaan.

Apa yang menjadi tanda tanya pada Sangkakala ialah, takkan secara serta merta minyak boleh masuk ke dalam 'injection' kereta beliau kalau ada air dalam minyak petrol yang diisi di stesen berkenaan.

Kita semua maklum bahawa minyak dan air tidak akan bercampur dimana ianya akan mengikut nisbah berapa banyak air dan berapa banyak minyak, jika air melebihi minyak, maka minyak akan berada di atas air, dan jika minyak melebihi air, maka air akan berada di atas minyak.

Dalam situasi ini, apa yang Sangkakala nampak macam ada unsur unsur sabotaj ke atas stesen minyak tersebut.

Kenapa pengadu boleh pergi berjumpa dan mengadu kepada ADUN Rawang untuk membawa kes ini ke pengetahuan pihak berkuasa? Apakah pengadu perlukan sokongan untuk menguatkan cerita bahawa beliau teraniaya sedangkan cerita sebenar todak begitu.

Satu lagi, begitu banyak kes kenaikan harga barang tapi ADUN Rawang ini seolah olah tidak memberikan apa apa respon sedangka  ADUN ADUN dari PR bukan main lantang menyuarakan suara rakyat yang kononnya tertindas, adakah seorang lelaki cina ini sahaja yang dirasakan teraniaya.

Yang ADUN Rawang ni pun satu, takkan akal tak boleh nak fikir secara logik apa yang diadukan tu betul atau tidak.

Tapi macam biasa la, kalau bangsa dia laju je buat itu ini, cuba bangsa lain, mampos la kamu di situ dia takkan peduli.



Tiada ulasan: