Khamis, 17 September 2015

BUKTI MELAYU MASIH BERSATU DALAM HIMPUNAN #merah

Semalam menjadi satu sejarah apabila kaum Melayu keluar beramai ramai untuk menyatakan solidariti menjaga maruah yang kerap dipermainkan oleh sesetengah pihak.











Ratusan ribu peserta membanjiri Padang Merbok selepas berarak dari beberapa kawasan malah ada yang tidak dibenarkan lagi untuk memasuki kawasan himpunan setelah padang berkenaan penuh dengan kehadiran peserta.

Ini jelas membuktikan bahawa orang orang Melayu masih mampu untuk bersatu dalam memperjuangkan maruah bangsa yang selama ini kerap kali diperkotak katikkan.

Ada juga beberapa portal yang didalangi oleh PR seperti Malaysiakini mengatakan bahawa kehadiran hanya 40 ribu tetapi gambar jelas membuktikan bahawa portal ini adalah tempat simpanan fitnah dan berita yang tidak sahih.

Apa yang jelas berlaku diakui diluar jangkaan kerana himpunan Melayu Bersatu hanya mensasarkan kehadiran seramai 100 ribu orang tetapi setelah semua peserta hadir, Padang Merbok sahaja menyaksikan hampir 250 ribu orang berkumpul dan selebihnya tidak diberi kebenaran untuk berhimpun akibat kesesakan di tempat tersebut.

Beberapa pemimpin ternama juga hadir mwmberikan sokongan dan tidak ketinggalan, ketua pemuda PAS pusat, YB Nik Abduh juga kelihatan hadir dan ini juga membuktikan apabila maruah Melayu dan Islam itu tercabar, maka fahaman politik akan diketepikan.

Tahniah kepada semua yang menghadirkan diri, kita sebagai orang Melayu telah membuktikan bahawa Melayu masih bersatu dalam satu wadah perjuangan.



Tiada ulasan: