Dan apabila menghadapi pilihanraya, maka akan lebih banyak ceramah yang diadakan dan ini sebenarnya adalah tempat untuk mereka mengaut keuntungan.
Bayangkan jika setiap ceramah atau apa juga majlis yang melibatkan kehadiran ahli ahli mereka, maka tong tong atau apa juga bekas akan berkeliaran di sekitar majlis tersebut untuk membuat kutipan.
Apa yang menyedihkan, tidak kira di kampung mahu pun di bandar, mereka tetap akan membuat kutipan tanpa mengira sama ada yang hadir itu mampu atau pun tidak.
PAS hanya tahu membuat kutipan tetapi untuk memberi sudah pastinya tidak kerana kita dapat melihat keadaan di Kelantan contohnya, rakyat Kelantan berada dalam kedaifan terutamanya di kawasan pendalaman.
Bukan itu sahaja, kutipan kutipan yang dilakukan tidak tahu kemana akhirnya dan seperti yang berlaku di Memali dalam insiden berdarah dimana ustaz Ibrahim Libya telah terkorban bersama sama pengikutnya akibat daripada ketaksuban mereka terhadap amanat yang dikeluarkan oleh Haji Hadi juga telah diadakan kutipan.
Kutipan yang dinamakan sebagai tabung Memali itu juga telah hilang entah kemana dan ianya dikatakan mencecah ratusan ribu ringgit.
Apakah pemimpin PAS tidak sedar bahawa kutipan yang dilakukan adalag amanah daripada penderma untuk membantu anak anak yatim serta balu yang ditinggalkan oleh korban korban Memali?
Apakah PAS lupa bahawa dengan memakan harta anak anak yatim itu adalah haram disisi agama islam? Adakah PAS tampil untuk memberi bantuan kepada keluarga korban? Semuanya tidak, bahkan mereka mengambil kesempatan dengan mengambil dan menggunakan wang tersebut untuk kegunaan lain atau mungkin untuk kegunaan sendiri.
Begitu juga dengan tabung Lahad Datu yang diadakan selepas insiden berdarah di kawasan tersebut, PAS sekali lagi telah mengadakan kutipan dan wanf kutipan tersebut tidak langsung diberitahu kemana ianya dihantar dan berapa jumlah kutipan juga tidak diberitahu.
Ini yang sebenarnya jelas menunjukkan bahawa betapa tidak bertanggungjawabnya PAS dan betapa tidak amanah nya mereka dalam menyampaikan apa yang diamanahkan oleh para penderma yang ikhlas memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Ketidak amanahan ini juga membuktikan bahawa PAS sebenarnya tidak layak untuk memerintah atau diletakkan sebagai pemimpin di semua peringkat kerana sikap ini akan menjadi ikutan dari satu generasi pemimpin kepada generasi pemimpin yang lain di dalam PAS.
Jadi kepada rakyat Malaysia khususnya dan pengundi di Sungai Limau khasnya, fikir fikirkanlah apa akan berlaku sekiranya mereka tetap dipilih sebagai pemimpin.