Jumaat, 1 November 2013

#BeraniHijrah #PrkSgLimau LUAHAN HATI PENDUDUK SUNGAI LIMAU @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal

Sejak 25 tahun yang lalu, penduduk di tepi pantai di Sungai Limau terabai dan mereka yang mengalami bencana langsung
tidak mendapat perhatian. 

Apa yang lebih mengecewakan ialah, tqnah yang telah diambil alih oleh kerajaan pusat pada tahun 2006 terbiar begitu sahaja apabila PAS memerintah sejak tahun 2008.

Ikuti luahan hati seorang mangsa yang juga merupakan anak jati Sungai Limau dalam video dibawah.


Namun pada petang tadi telah membawa satu sinar baru kepada mereka apabila Yayasan Hj Zainuddin telah menyumbangkan sejumlah RM 5 juta ringgit bagi pembinaan rumah kediaman bagi penduduk yang mengalami masalah hakisan di sepanjang pantai di kawasan Sungai Limau. 


Harapan yang bakal membawa kearah kehiduan yang lebih bakal dinikmati oleh penduduk pinggiran pantai menjelang tahun 2015 nanti pasti merubah corak kehidupan mereka yang terlibat.

Sangkakala juga merasa sedikit terkilan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan PAS yang seolah olah menidakkan kehidupan sempurna penduduk di kawasan tersebut.

Mungkin bagi mereka penduduk di kawasan ini tidak begitu penting walaupun sedar mereka adalah pengundi dan mereka juga adalah rakyat yang berhak mendapat keistimewaan.