Ahad, 3 November 2013

#BeraniHijrah #Prksglimau PENDUDUK SUNGAI LIMAU BERTUAH @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal

Benarkah apa yang Sangkakala dengar daripada orang orang PAS di Sungai Limau apabila mereka mengatakan bahawa Phahrolrazi diharamkan bagi menjejakkan kaki ke PRK Sungai Limau.

Ini dikatakan atas sebab calon PAS pada kali ini ada bersangkut paut dengan Phahrolrazi dan umum mengetahui bahawa Phahrolrazi bermusuhan dengan arwah ustaz Azizan.

Ada juga ura ura yang Sangkakala dengar mengatakan PAS Kedah telah tersilap memilih calon dan sebenarnya PAS Kedah telah tertipu kerana Phahrolrazi dikatakan membohongi pemimpin PAS Kedah dengan mengatakan bahawa Azam ada pertalian saudara dengan arwah Ustaz Azizan Razak.

Apa yang Sangkakala nampak disini, sebenarnya bukan PAS sahaja yang dibohongi oleh Phahrolrazi dan Azam (calon), mereka juga telah membohongi para pengundi di Sungai Limau.

Ini kerana pada awalannya, mereka mengakui bahawa calon adalah saudara kepada arwah Tan Sri Azizan, namun apabila di tanya sendiri kepada balu arwah, ternyata ianya adalah bohong semata mata.

Kita tinggalkan dulu cerita pembohongan PAS di Sungai Limau, kini kita beralih pula kepada calon Barisan Nasional iaitu Dr Sohaimi.

Pada awal pencalonan calon Barisan Nasional, Menteri Besar Kedah yang selama ini kerap kali melawat arwah Tan Sri Azizan di hospital telah membawa calon untuk bertemu dengan balu arwah untuk mendapatkan restu.

Dan dalam pertemuan itu, balu arwah telah memberikan restu kepada calon Barisan Nasional dan ini adalah kelebihan kepada calon Barisan Nasional itu sendiri.

Disitu juga dapat kita lihat bahawa betapa hormatnya Barisan Nasional terhadap arwah ustaz Azizan berbanding dengan PAS yang angkuh dan sombong hingga langsung tidak mahu berjumpa atau bertemu dengan balu arwah (mengikut sumber).

Ini ke rupa calon yang dibanggakan oleh PAS? Dengan sikap yang sombong serta bermusuhan dengan arwah hendak diangkat naik sebagai pengganti arwah?

Rasanya elok kalau kita tukar sahaja corak pemerintahan memandangkan kerajaan negeri juga kini dibawah pemerintahan Barisan Nasional dan sebagai mana yang dijanjikan oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir, beliau akan memberikan perhatian penuh kepada kawasan Sungai Limau dan beliau sendiri telah menjadi ADUN angkat bagi kawasan Sungai Limau.

Orang Sungai Limau boleh dikatakan bertuah kerana akan mendapat perhatian yang istimewa daripada kerajaan negeri serta Menteri Besar.

Seperti yang berlaku semalam, seratus buah rumah telah dilancarkan dan rumah rumah ini akan diberikan kepada mangsa mangsa hakisan pantai di kawasan Sungai Limau.

Para penerima seharusnya bersyukur dengan pemberian ini kerana menurut maklumat yang Sangkakala terima, kawasan perumahan ini telah tergendala pembinaanya pada tahun 2008 apabila kerajaan PAS mengambil alih kerajaan negeri, dan kini ianya telah disambung semula selepas 4 bulan kerajaan bertukar tangan kepada Barisan Nasional.

Jadi disini dapat kita lihat betapa prihatinnya kerajaan Barisan Nasional dalam memberikan keselesaan kepada rakyat dan ia sepatutnya dilihat dengan lebih dalam.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: