Selasa, 5 November 2013

ADUN TITI SERONG UZUR !!! MASIH MAHU PEGANG JAWATAN ???

Itu le pasal, masa PRU tempoh hari letak orang tua yang dah agak uzur, dah macam takde orang muda nak diletakkan sebagai calon sekarang ni dah uzur memanjang sampai kebajikan rakyat pun terabai.

Ustaz Abu Bakar Husain, ADUN Titi Serong Parit Buntar dikatakan telah acap kali masuk ke hospital atas sebab masalah kesihatan yang agak uzur, yelah, umur pun dah berapa kan.

Bukan le Sangkakala nak mengatakan bahawa yang muda tak sakit, tapi kalau mengikut adat kehidupan, yang tua akan uzur terlebih dahulu berbanding yang muda.

Jadi disini, Sangkakala nasihatkan ustaz Bakar supaya lepaskan je lah jawatan tu sebab kesihatan itu adalah lebih penting berbanding dengan jawatan, kenapa nak pertahankan sangat jawatan di dunia ni.

Tapi Sangkakala tak salahkan juga bila PAS letakkan calon dari kalangan orang berumur sebab masa PAS letakkan orang muda macam Ustaz Idham Lim dulu dah pulak buat sekolah pondok tapi sekerat jalan, kalau pakai duit sendiri takpe le juga, ni pakai duit sumbangan yang tak pernah di nyatakan berapa jumlah yang telah diterima.

Letak yang muda, pembelit pula, letak yang tua, uzur memanjang, kalau dah susah susah sangat, jangan letak calon, biar Barisan Nasional je pegang jawatan ADUN tu lagi bagus.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: