Rabu, 20 November 2013

#dunselangor MENIPU LAGI ADUN SERI ANDALAS NI

Mencelah dalam ucapan perbahasan ADUN Sekinchan, nampaknya ADUN Seri Andalas berbohong dalam memperkatakan ada sabotaj dari Kementerian Kesihatan dalam usaha memberikan bantuan bagi anak anak yang baru lahir dalam negeri Selangor.

Seri Andalas mengatakan bahawa hospital kerajaan tidak memberikan borang bantuan tersebut kepada mereka yang melahirkan anak di hospital kerajaan.

Nak bagitau sikit la pada Seri Andalas, anak Sangkakala 2 orang dilahirkan di Selangor, tapi takde sesiapa pun yang datang memberikan borang atau tidak ada borang yang disediakan di mana mana hospital.

Ini sebenarnya bukanlah satu bentuk sabotaj daripada hospital sebab perlu diingat, bukan semua kakitangan hospital menyokong kerajaan malah secara terang terangan menyokong pakatan.

Yang sebenarnya itu semua adalah alasan yang diberikan oleh kerajaan Selangor dalam mengelak daripada mendapat tekanan daripada rakyat kerana kegagalan mereka melaksanakan janji yang diletakkan dalam menifesto pilihanraya.

Seperti yang berlaku kepada ibu tunggal yang dikatakan akan diberi bantuan tetapi tidak dilaksanakan hingga persatuan ibu tunggal mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri adalah bukti jelas dimana janji pakatan adalah omongan kosong belaka.

Walaupun saman itu diketepikan oleh mahkamah dengan alasan bahawa manifesto bukanlah janji namun dari segi moral dan logiknya, kerajaan negeri telah menuipu rakyat.

Dalam kes pemberian bantuan kepada anak anak yang lahir di Selangor pakatan hanya cuba untuk menutup kelemahan dan ianya tidak langsung pernah dilaksanakan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: