Isnin, 25 November 2013

TITAH SULTAN JOHOR BUKTI RAJA MELAYU BERDAULAT !!!

 Dengan pengisytiharan cuti bagi negeri Johor kini jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu, jelas menunjukkan bahawa Raja Raja Melayu masih berdaulat dan tidak ada sesiapa yang berani menghalang dengan titah tersebut.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa ianya adalah kesinambungan daripada apa yang berlaku dulu, tapi bagi Sangkakala pula ianya adalah sesuatu yang baru setelah berlakunya lanskap politik di tanah air.

Kita acap kali mendengar dan melihat dalam Media Sosial yang menghentam Sultan Johor dalam beberapa perkara terutamanya Pakatan Pembangkang, tapi dengan titah untuk menukar hari cuti ini maka seorang pun dikalangan pembangkang yang berani untuk menyanggah terutamanya pembangkang yang berada di negeri Johor sendiri.

Sangkakala menyambut baik apa yang dilakukan oleh Sultan Johor ini dan Baginda telah membuktikan bahawa kerajaan Melayu masih lagi berkuasa dibawah lindungan payung Baginda Sultan.

Tapi Sangkakala juga yakin bahawa ada juga pembangkang yang tidak bersetuju dengan keputusan Sultan ini untuk menukar hari cuti tapi tidak sesiapa pun yang berani untuk mengangkat muka menentang titah Baginda.