Sabtu, 2 November 2013

#BeraniHijrah #Prksglimau SKUAD DARI SUBANG BAKAL GEGARKAN SUNGAI LIMAU

Skuad pilihanraya dari bahagian Subang baru sahaja tiba untuk membantu jentera yang bertugas di prk Sungai Limau.

Sebahagian daripada jentera UMNO Subang
Jentera yang diketuai oleh Ketua Bahagian UMNO Subang, Dato Zein Isma disertai dengan ADUN Kota Damansara, YB Hajah Halimaton Saadiah yang berkekuatan hampir 40 orang tiba untuk membantu kempen saat akhir bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional,  Dr Sohaimi.

Bahagian Subang yang berjaya merampas kembali DUN Kota Damansara berpengalaman dalam usaha untuk memenangkan calon dan dengan kehadiran rombongan ini diharap boleh membantu secara terus untuk kemenangan calon di Sungai Limau.