Jumaat, 8 November 2013

LAGI KEGAGALAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA DI KESAN DI SG LIMAU

Mengecewakan, hanya itu yang Sangkakala mampu untuk katakan apabila ada seorang lagi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dikesan telah gagal menjalankan tanggungjawab di PRK Sungai Limau.

Dari laporan yang Sangkakala terima daripada petugas di rumah Wilayah Persekutuan yang merupakan angkat bagi Pusat Daerah Mengundi Ulu Sedaka, EXCO ni langsung tak pernah menjengahkan muka di rumah Wilayah Persekutuan, apa dah jadi ni bro?

EXCO dari bahagian Segambut Wilayah Persekutuan ni dengar khabarnya langsung tak turun untuk meninjau ninjau keperluan di rumah Wilayah dan ini sebenarnya adalah satu kegagalan bagi seorang EXCO mewakili negeri tersebut.

Bukan sebab apa, takkan langsung tak boleh turun ke rumah negeri sendiri, takkan nak follow menteri juga kot.

Bagi Sangkakala kalau datang ke pilihanraya kecil tapi hanya ikut menteri sedangkan rumah negeri sendiri tak tau berada dimana adalah satu kegagalan yang amat ketara, dan dari apa yang Sangkakala boleh katakan ialah, dengan sikap ini juga, EXCO tersebut tidak membantu untuk melihat apa permasaalahan di PDM angkat Wilayah Persekutuan.

Masa bertanding sebagai EXCO hari tu, bukan main lagi berikrar dan berjanji untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan tapi bila dah menang hilang semua janji dan ikrar. Sebab dah menang ye bro?

Kalau ini amalan yang dilakukan, maka Sangkakala rasa kekuatan pemuda tu sendiri dah longgar dan lemah, tambahan pula dengan ketidak bertanggungjawaban dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Nak tau nama EXCO ni? Cukuplah rasanya kalau Sangkakala letakkan bahagian dimana beliau bernaung tadi dan rasanya semua EXCO Pemuda dan Ketua Pemuda sendiri tau dia ni siapa.

Tapi kalau ada keperluan rasanya Sangkakala akan dedahkan juga, cuma kita tengok sejauh mana dia ni nak melompat dengan orang orang kenamaan sampai lupa darimana dia datang.

Lepas ni harap harap EXCO lain bertugaslah sepertimana tugasan yang diberi dan jangan lupa anda adalah wakil dari negeri yang anda duduki dan amanah yang diberikan oleh perwakilan di negeri tersebut jangan disia siakan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: