Isnin, 11 November 2013

PAKATAN BELA NASIB PEMBUNUH PEGAWAI BANK ??? APA CERITA NI ???


Nak katakan bodoh, nampak macam pandai, nak kata pandai mereka ni sendiri dah tunjuk diri tu bodoh, jadi Sangkakala dah tak tau nak kata pandai atau bodoh, tapi kalau ikut logik akal memang nampak sangat kebodohannya.

Yang beriya sangat nak pertahan pembunuh tu pasal apa? 

Yang dibunuh tu pulak macam mana cerita? Siapa nak pertahan?

Pemimpin pembangkang telah meminta supaya kerajaan Indonesia menghantar protes tentang layanan pihak berkuasa terhadap pembunuh dan perompak yang merompak sebuah bank serta membunuh seorang pegawai bank tersebut pada bulan Oktober yang lalu.

Tapi pernahkah pembangkang pergi ke luar negara untuk mempertahankan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah yang berkemungkinan teraniaya di luar sana?

Ternyata pembangkang dalam negara kita tak berakal dan tidak mempunyai fikiran yang positif dalam sistem pentadbiran negara.

Dengan mempertikai mengapa perlu sampai 4 orang pengawal Unit Tindakan Khas mengawal pesalah, jelas membuktikan bahawa pembangkang tidak pernah menghiraukan keselamatan rakyat serta orang ramai.

Mungkin juga setiap perkara adalah biasa bagi mereka dan penjenayah yang merbahaya seperti pembunuh pegawai bank tersebut adalah kes kes terpencil seperti mencuri di pasaraya.

Ingatlah sikit, seluruh rakyat Malaysia amat marah dengan kejadian tersebut yang dianggap terlalu kejam, tapi bagi pembangkang ianya tidak memberi apa apa kesan langsung.

Agaknya kalau pembangkang memerintah negara ni, penjenayah yang dibawa ke mahkamah akan dibiarkan berjalan sendirian untuk masuk ke dalam kereta peronda dan kalau nak terlepas pun takpe sebab yang akan dipersalahkan nanti ialah pasukan polis.

Dan itu sudah menjadi lumrah bagi mereka akan menyalahkan pihak lain untuk menutup kesalahan mereka sendiri.