Jumaat, 22 November 2013

#dunselangor TIMBALAN SPEAKER HILANG ARAH MENGENDALIKAN SIDANG DUN @NAajibRazak @nohomar

Memalukan..itu yang Sangkakala boleh ungkapkan apabila timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor gagal mengawal emosi beliau dalam mengendalikan sidang.

Klik ganbar untuk video

Macam mana la orang macam ni dilantik menjadi timbalan speaker dewan? Dengan emosinya, dengan sifat pemarahnya.

Ingat la sikit Nik Nazmi, jawatan timbalan speaker ni tarafnya tinggi, tapi bukanlah meninggi diri macam yang YB buat dalam dewan tadi.

Dengan menunjukkan sikap pemarahnya, Sangkakala tak nampak ianya akan menjernihkan keadaan. 

Cuba pergi belajar daripada Tan Sri Pandikae Amin yang sentiasa mengendalikan sidang Parlimen dengan senyuman tapi tegas.

Ini bukannya tegas tapi nak tunjuk kuasa bahawa dia yang paling tinggi dalam dewan.

Kalau nak dikira peraturan mesyuarat, Sangkakala nampak Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor ni banyak berat sebelah, kalau ADUN Barisan Nasional mengeluarkan peraturan mesyuarat dia pulak menafikannya tapi kalau ADUN Pakatan mengeluarkan peraturan dia pulak yang lebih lebih.

Cuba tengok dalam video diatas, beberapa kali Nik Nazmi mematikan pembesar suara Ketua Pembangkang dan ini jelas menunjukkan bahawa Nik Nazmi tidak memberikan peluang kepada ketua pembangkang untuk mempertahankan diri.

Ini berbeza dengan apa yang berlaku di parlimen, pembangkang dibenarkan bersuara tanpa halangan atau dengan kata lain pembesar suara tidak akan dimatikan bagi mendengar apa yang diperkatakan oleh pembangkang walaupun begitu, speaker Dewan Rakyat masih lagi menegur,  bukan bertindak seolah ilah hendak melemparkan buku peraturan ke arah ketua pembangkang.

Langsung tidak profesional sikap yang ditunjukkan oleh speaker Dewan Negeri apabila menunjukkan sikap sebenar beliau.

Tapi setelah dirisik risik, rupanya Nik Nazmi sengaja buat begitu untuk menunjukkan kuasa beliau, maklumlah dengar cerita Nik Nazmi berminat untuk duduk di kerusi ketua AMK.

Tapi bagi Sangkakala, orang yang macam ni memang tak layak langsung untuk menjadi ketua sebab takde kualiti untuk memimpin.

Kalau dah 54 orang ADUN pun beliau sudah menujukkan emosi, apatah lagi dengan ribuan orang yang sudah tentu bermacam ragam.